Pesawat JF-17 Block 3 Miliki DNA J-20 “Mighty Dragon” Perkuat Pakistan
Hanya setahun selepas ia mentauliahkan pesawat J-10C yang diterimanya daripada China, Tentera Udara Pakistan dikatakan telah mentauliahkan pula varian termaju pesawat JF-17 Block 3 yang dibangunkan oleh Pakistan Aeronautical Complex (PAC) dan Chengdu Aircraft Industry Group (CAIG) baru-baru ini.