F-35 Jerman Bakal Bawa Bom Nuklear “B-61”
Pada Mac lepas, kerajaan Jerman mengumumkan bahawa ia akan membelanjakan US$8.4 bilion (RMRM33.6 bilion) untuk mendapatkan 35 buah pesawat F-35 buatan syarikat Lockheed Martin untuk menggantikan pesawat Panavia Tornado yang digunakan oleh Tentera Udara negara itu yang juga dipanggil “Luftwaffe.”