Russia Mahu Tempatkan Pesawat-Pesawat Jarak Jauh di Pangkalan Udara Indonesia, Jakarta Nafi
Indonesia dilaporkan telah menerima permohonan rasmi dairpada Russia untuk menempatkan pesawat-pesawat tentera jarak jauh milik tentera udaranya (Russian Aerospace Forces) di negara Asia Tenggara itu, dalam satu lagi perkembangan geo-strategik yang bakal memberikan impak mendalam di Indo-Pasifik.