India Sasar Jual Peluru Berpandu “ASTRA” BVRAAM Pada Pengguna Su-30 Termasuk Malaysia
India kini mensasarkan negara-negara pengguna pesawat pejuang Sukhoi Su-30 termasuk Malaysia, Indonesia dan Vietnam sebagai pelanggan berpotensi bagi peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh ASTRA BVRAAM dibangunkan oleh syarikat pertahanan negara itu, yang didakwanya adalah lebih baik berbanding dengan peluru berpandu udara-ke-udara keluaran Russia, R-77.