APMM Peroleh Empat Buah Helikopter Medium-Lift Leonardo AW189
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah memutuskan untuk memperolehi empat buah helikopter bersaiz sederhana AW189 yang dibangunkan oleh syarikat Leonardo Helicopters.
Browsing tag
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah memutuskan untuk memperolehi empat buah helikopter bersaiz sederhana AW189 yang dibangunkan oleh syarikat Leonardo Helicopters.
Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV1) secara rasminya diserahkan oleh pihak TH Heavy Engineering Berhad (THHE) kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam majlis khas di atas kapal tersebut yang diadakan malam semalam.
Unit khas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) “STAR” (Special Task and Rescue) telah dikerah untuk menahan sebuah kapal tangki mengibarkan bendera Iran, MT Arman 114 pada Jumaat lalu (7 Julai) kerana terlibat dalam aktiviti pemindahan minyak secara haram di perairan Indonesia.
Walau hanya panjang 40 meter dan berat 230 tan, tetapi ia tidak menghalang kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) “KM Bistari” untuk mengikuti dengan dengan rapat (shadow) kapal Pengawal Pantai China CCG 5402 yang memasuki perairan Zon Ekonomi Malaysia (ZEE) berhampiran Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals) di luar pantai Sarawak.
Dua daripada tiga Kapal Peronda Luar Pesisir (Offshore Patrol Vessel) dijangka akan diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada pertengahan dan hujung tahun ini, kata Kementerian Dalam Negeri.
Keadaan di sekitar perairan Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals) semakin panas dengan kapal pengawal pantai Jepun turut dilaporkan berada di situ, berkemungkinan untuk memantau aktiviti kapal pengawal pantai China, CCG 5303 yang dilaporkan telah berada di perairan yang kaya dengan sumber minyak dan gas milik negara sejak 12 Januari lepas.
Sejak 22 Januari lepas, kapal peronda milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Kelantan telah berada di sekitar perairan Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals) untuk memantau (shadow) pergerakan kapal pengawal pantai China CCG 5303 yang menceroboh kawasan perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia.
Jepun telah menyumbang alatan “Long Range Accoustic Device” (LRAD) kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi digunakan dalam tugasan agensi itu untuk memastikan keselamatan perairan Malaysia.
Sekurang-kurangnya dua daripada tiga kapal peronda luar pesisir (OPV) boleh disiapkan tahun ini susulan kelulusan pinjaman RM152.6 juta yang diumumkan Perdana Menteri, semalam.
Kerajaan terpaksa mengambilalih projek pembinaan kapal peronda untuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) daripada syarikat THHE-Destini Sdn Bhd selepas menemui beberapa “isu besar” berkenaan dengan projek terbabit.