Radar “Anti-Halimunan” China Menanti Pesawat F-35, F-22 Amerika
Mungkin kerana bimbang dengan peningkatan penerbangan-penerbangan “provokatif” oleh pesawat-pesawat halimunan Amerika Syarikat dan sekutunya ke kawasan-kawasan berhampiran sempadannya, China dilaporkan telah membangunkan sistem radar jarak jauh yang dikatakan mempunyai kemampuan untuk mengesan kehadiran pesawat-pesawat pejuang dan dron halimunan.