Trump Dilapor Sedia Teruskan Jualan F-35 Kepada Turkiye Sekiranya Ankara “Mendiamkan” S-400
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dilaporkan bersedia menimbangkan semula penjualan pesawat pejuang F-35 Lightning II kepada Turkiye selepas mengadakan perbincangan menerusi telefon dengan rakan sejawatnya daripada Turkiye, Recep Tayyep Erdogan baru-baru ini.