Pulau Layang-Layang Dijadikan “Sasaran” Pendaratan Oleh Pasukan Airborne China?
Pasukan payung terjun (airborne) China dipercayai telah menjadikan Pulau Layang-Layang milik Malaysia di Laut China Selatan sebagai salah satu sasaran pendaratan dalam latihan airborne yang menggemparkan seluruh negara melibatkan penerbangan 16 buah pesawat pengangkut tentera negara itu berhampiran Zon Maritim Malaysia (ZMM) pada 31 Mei tahun lepas.