Sweden Hantar Pesawat Pejuang Gripen Untuk Pintas Su-24MR Milik Tentera Udara Russia

Insiden pencerobohan pesawat pejuang Su-24 Russia terhadap ruang udara Sweden yang berlaku pada 14 Jun lalu, adalah kali pertama ianya berlaku sejak negara Scandinavia terbabit menjadi anggota NATO terbaru.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah pesawat pejuang Su-24 milik Tentera Udara Russia telah menceroboh ruang udara Sweden di timur Gotland yang merupakan pulau terbesar negara Scandinavia itu dan terletak di Laut Baltik.

Pulau Gotland itu terletak hanya kira-kira 300km daripada wilayah exclave Russia, Kaliningrad dan 600km daripada tanah besar Russia.

Insiden pencerobohan pesawat pejuang Su-24 Russia terhadap ruang udara Sweden yang berlaku pada 14 Jun lalu, adalah kali pertama ianya berlaku sejak negara Scandinavia terbabit menjadi anggota NATO terbaru.

Menurut Angkatan Tentera Sweden, walaupun menerima amaran menerusi radio daripada pusat pemerintahan Angkatan Tentera Sweden, namun pesawat pejuang Russia itu tidak mengubah laluan mereka.

“Kedegilan” pesawat pejuang Su-24 Russia itu telah menyebabkan pihak tentera udara Sweden mengerahkan pesawat pejuang JAS-39 Gripen miliknya untuk memaksa pesawat pejuang Russia itu meninggalkan ruang udaranya.

Panglima Tentera Udara Sweden Jonas Wikman mengkritik tindakan pesawat pejuang Tentera Udara Russia itu.

Pesawat pejuang Su-24MR Russia

 

“Tindakan oleh Russia itu tidak boleh diterima dan menunjukkan ia tidak menghormati kedaulatan wilayah negara lain. Kami mengikuti keseluruhan process itu dan berada di situ untuk campur tangan,” kata beliau.

Walaupun pencerobohan itu adalah singkat, tetapi implikasinya adalah besar, kata beliau.

Menteri Luar Sweden Tobias Billström memberitahu media negara itu bahawa mereka akan memanggil Duta Russia ke negara itu.

“Kelakuan Russia tidak boleh diterima. Kementerian Luar (Sweden) akan memanggil pihak Kedutaan Russia untuk membantah insiden itu. Kita berhubung rapat dengan negara-negara sekutu dan rakan tentang kejadian yang belaku,” katanya.

Tentera Udara Sweden telah mengeluarkan gambar pesawat pejuang Su-24 Russia yang berjaya dipintasnya.

Pesawat pejuang Su-24 Russia itu adalah daripada varian “MR” dan dipercayai adalah pesawat pejuang yang sama yang telah dipintas oleh pesawat pejuang Eurofighter Typhoon milik Tentera Udara Jerman pada 1 Jun tahun ini.

Pesawat Gripen

 

Pesawat pejuang Su-24MR adalah varian pesawat pejuang pemantau yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan sensor dan sistem bertujuan untuk melaksanakan misi-misi mengumpul maklumat perisikan.

Antara peralatan dibawanya adalah Side-Looking Airborne Radar (SLAR) untuk tujuan pemetaan dan pemantauan kawasan yang luas, Infrared, Kamera Optical untuk mencerap gambar-gambar resolusi tinggi untuk mengenalpasti sasaran dan juga untuk tujuan ELINT (Electronic Intelligence).

Pada Mac 2022, terdapat insiden pencerobohan ruang udara juga di Pulau Gotland dilakukan oleh dua buah pesawat pejuang Su-27 dan dua buah pesawat pejuang Su-24.

Dalam insiden itu,Sweden telah mengerahkan pesawat pejuang Gripen miliknya untuk memintas dan mengarahkan mereka keluar daripada ruang udara negara Scandinavia itu.

Menurut penganalisis, terdapat dua alasan mengapa insiden itu berlaku sama ada kesilapan juruterbang atau sesuatu yang disengajakan.

 

“Ia mungkin salah satu untuk mencabar Sweden berikutan tindakannya menyertai NATO atau cara untuk mencuba kesiapsiagaan Quick Reaction Alert (QRA) Tentera Udara Sweden.”

“Pada masa yang sama pesawat pejuang Russia itu berkemungkinan sedang mengumpul maklumat perisikan tentang musuh-musuhnya, sesuatu yang kerapkali dilakukan Moscow sejak beberapa dekad yang lalui sejak era Perang Dingin,” kata penganalisis.

Ketika Perang Dingin,pesawat-pesawat pejuang Russia (Kesatuan Soviet) dan pesawat pejuang negara-negara NATO kerana menceroboh ruang udara masing-masing untuk tujuan merisik. — DSA

 

featuredRussiaSu-24MRSweden
Comments (2)
Add Comment