Selamat Tinggal Super Hornet, Boeing Tamatkan Produksi Pesawat Pejuang Lagenda

Sepanjang tempoh 30 tahun produksi pesawat pejuang Super Hornet dibuka, syarikat Boeing telah membina sebanyak 698 buah pesawat pejuang Super Hornet untuk tentera laut negara dan tentera-tentera negara lain di dunia.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – –Selamat Tinggal Super Hornet … Di dalam tempoh dua tahun iaitu 2025 syarikat Boeing akan menamatkan pembuatan pesawat pejuang F/A-18E/F Super Hornet itu dan tidak akan menerima lagi pesanan untuk pesawat itu selepas ia selesai menghantar lapan buah pesawat terakhhir kepada Amerika Syarikat, sebagaimana diminta oleh kongres negara itu.

Menurut Boeing itu, selepas menamatkan pembuatan Super Hornet ia akan memfokuskan sumber manusianya dan kemudahan kepada projek-projek masa depan yang lain.

Selepas penamatan kerja-kerja pembinaan pesawat pejuang Super Hornet, Boeing akan meningkatkan produksi untuk membina pesawat T-7A Red Hawk, F-15EX, komponen sayap bagi pesawat 777X dan dron MQ-25 Stingray.

Boeing juga akan memberikan tumpuan kepada usaha-usaha untuk membangunkan program masa depan.

Syarikat juga sedang membina tiga kemudahan baru untuk platform-platform mempunyai juruterbang (manned) dan tidak memiliki juruterbang (unmanned).

Kemudahan-kemudahan baru itu, bersama-sama dengan kemudahan dron MQ-25 di Lapangan Terbang St. Louis, Pusat Fabrikasi Komposit di Arizona dan kemudahan rekabentuk merupakan pelaburan US$1 bilion (RM4 bilion) masa depan oleh Boeing untuk menjamin masa depan syarikat dalam bidang ketenteraan.

Pengumuman oleh Boeing tentang penamatan produksi Super Hornet itu mengakhiri pembuatan pesawat pejuang itu , yang sepatutnya berlaku beberapa tahun lebih awal selepas Tentera Laut Amerika Syarikat mengumumkan bahawa ia tidak akan lagi membeli pesawat pejuang itu pada 2014.

Namun, pihak kongres Amerika Syarikat terus-menerus meluluskan belanjawan untuk pembelian lebih banyak pesawat pejuang Super Hornet, menyebabkan Boeing terus membuka kemudahan produksinya sehingga sekarang ini.

Menurut jurucakap Boeing, Deborah VanNierop memberitahu portal berita Defense News bahawa kelapan-lapan buah pesawat pejuang Super Hornet terakhir itu akan diserahkan pada Tentera Laut Amerika Syarikat pada 2025, menandakan pesawat pejuang Super Hornet yang terakhir dibina.

Sepanjang tempoh 30 tahun produksi pesawat pejuang Super Hornet dibuka, syarikat Boeing telah membina sebanyak 698 buah pesawat Super Hornet untuk tentera laut negara dan tentera-tentera negara lain di dunia. 

Walaupun begitu, India masih lagi dalam proses pemilihan pesawat pejuang yang akan beroperasi daripada kapal pengangkut pesawatnya, dengan pesawat Super Hornet merupakan salah satu pesaing untuk membekalkannya.

Jika India memilih pesawat pejuang Super Hornet, Boeing akan membina pesawat itu dan menutup kemudahan pembinaannya selepas tahun 2027 sebaik sahaja selesai membina pesawat pejuang terbabit.

Bagaimanapun, laporan terkini daripada New Delhi menyatakan bahawa kemungkinan besar pesawat Rafale bakal memenangi kontrak India itu.

Walaupun Boeing tewas dalam dua kontrak besar pembuat pesawat pejuang sebelum ini, membabitkan pembinaan pesawat Joint Strike Fighter kepada Lockheed Martin dan pesawat pengebom B-21 kepada Northrop Grumman, namun ia tidak mematahkan semangat Boeing.

Ketua Pegawai Eksekutif Boeing Ted Colbert berkata pesawat pejuang kekal menjadi seksyen perniagaan yang penting kepada syarikat itu dan mereka belum lagi menyerah kalah.

Malah Boeing menurutnya, akan terus membuat pelaburan. – – DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

 

 

BoeingfeaturedPesawatSuper HornetTamat Produksi
Comments (1)
Add Comment