Boeing Tamatkan Produksi Super Hornet Selepas 698 Buah Dibina

Sepanjang tempoh 30 tahun produksi pesawat pejuang Super Hornet, Boeing telah membina sebanyak 698 buah pesawat Super Hornet untuk tentera laut negara itu dan tentera-tentera udara negara lain di seluruh dunia. TUDM juga pernah ditawarkan untuk memiliki pesawat pejuang Super Hornet itu.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Boeing akan menamatkan pembuatan pesawat pejuang F/A-18E/F Super Hornet pada 2025 dan tidak akan menerima lagi pesanan utuk pesawat pejuang yang menjadi pelakon utama untuk filem “Top Gun” itu selepas ia selesai menghantar lapan buah pesawat itu kepada tentera Amerika Syarikat, sebagaimana diminta oleh kongres negara itu pada belanjawan 2023.

Menurut syarikat itu, akan memfokuskan sumber manusianya dan kemudahan kepada projek-projek masa depan yang lain.

Selepas penamatan kerja-kerja pembinaan pesawat pejuang Super Hornet, Boeing akan meningkatkan produksi untuk membina pesawat T-7A Red Hawk, F-15EX, komponen sayap bagi pesawat 777X dan dron MQ-25 Stingray.

Pesawat F/A-18 E/F Super Hornet Tentera Udara Kuwait.

 

Syarikat juga akan memberikan tumpuan kepada usaha-usaha untuk membangunkan program masa depan.

Syarikat Boeing sedang membina tiga kemudahan baru untuk platform-platform yang mempunyai juruterbang atau tidak memiliki juruterbang.

Kemudahan-kemudahan baru itu, bersama-sama dengan kemudahan MQ-25 di Lapangan Terbang St. Louis, Pusat Fabrikasi Komposit di Arizona dan kemudahan rekabentuk merupakan pelaburan US$1 bilion (RM4 bilion) masa depan oleh Boeing untuk menjamin masa depan syarikat dalam bidang ketenteraan.

Pengumuman oleh Boeing tentang penamatan produksi Super Hornet itu mengakhiri pembuatan pesawat pejuang itu syarikat, yang sepatutnya berlaku beberapa tahun lepas selepas Tentera Laut Amerika Syarikat mengumumkan bahawa tidak akan lagi membeli pesawat pejuang itu pada 2014.

Namun, pihak kongres Amerika Syarikat terus-menerus meluluskan belanjawan untuk pembelian lebih banyak pesawat pejuang Super Hornet, menyebabkan Boeing terus membuka kemudahan produksinya sehingga sekarang ini.

Menurut jurucakap Boeing , Deborah VanNierop memberitahu portal berita Defense News kelapan-lapan buah pesawat pejuang Super Hornet terakhir itu akan diserahkan pada Tentera Laut Amerika Syarikat pada 2025, menandakan pesawat pejuang Super Hornet yang terakhir dibina.

Sepanjang tempoh 30 tahun produksi pesawat pejuang Super Hornet dibuka, syarikat Boeing telah membina sebanyak 698 buah pesawat Super Hornet untuk tentera laut negara itu dan tentera-tentera udara negara lain di seluruh dunia. 

Walaupun begitu, India masih lagi dalam proses pemilihan pesawat pejuang yang akan beroperasi daripada kapal pengangkut pesawatnya, dengan pesawat Super Hornet merupakan salah satu pesaing untuk membekalkannya.

Jika India memilih pesawat pejuang Super Hornet, Boeing akan membina pesawat itu dan menutup kemudahan pembinaannya selepas tahun 2027 sebaik sahaja selesai membina pesawat pejuang terbabit.

Pesawat-pesawat F-18 Super Hornet di atas dek penerbangan kapal USS Ronald Reagan.

 

Walaupun Boeing tewas dalam dua kontrak besar pembuat pesawat pejuang sebelum ini, membabitkan pembinaan pesawat Joint Strike Fighter kepada Lockheed Martin dan pesawat pengebom B-21 kepada Northrop Grumman, namun ia tidak mematahkan semangat Boeing.

Ketua Pegawai Eksekutif Boeing Ted Colbert berkata pesawat pejuang kekal menjadi seksyen perniagaan yang penting kepada syarikat itu dan mereka belum lagi menyerah kalah.

Malah Boeing menurutnya, akan terus membuat pelaburan. – – DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

BoeingfeaturedPesawatProduksiSuper Hornet
Comments (0)
Add Comment