“Tuntutan Waris Sultan Sulu Tidak Masuk Akal” – Kerajaan Negeri Sabah

Sementara itu portal berita Malaysiakini menyatakan bahawa waris Sultan Sulu secara teorinya boleh menguatkuasakan keputusan timbang tara itu terhadap Malaysia itu melalui pelaksanaan Konvensyen New York, yang dianggotai Malaysia dan Sepanyol.

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Kerajaan Negeri Sabah tidak pernah dan tidak akan mengiktiraf tuntutan ‘waris Kesultanan Sulu’ terhadap negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.

Menyifatkan tuntutan itu sebagai “sesuatu yang tidak masuk akal,” beliau menegaskan bahawa Sabah adalah sebuah negeri berdaulat dalam Persekutuan Malaysia.

Justeru, Hajiji menggesa rakyat agar bertenang dalam isu itu dan menyerahkan kepada pasukan perundangan kerajaan negeri dan persekutuan untuk menanganinya.

“Ia adalah satu tuntutan yang tidak masuk akal. Kedaulatan Sabah dalam Persekutuan Malaysia tidak seharusnya dipertikai,” menurutnya Ketua Menteri Sabah itu dalam satu kenyataan.

Pada Rabu lepas, kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar dan Jabatan Peguam Negara memaklumkan Kerajaan Malaysia menolak sepenuhnya award sebanyak US$14.92 bilion (RM62.6 bilion) yang kononnya perlu dibayar kepada ketrurunan Sultan Sulu terakhir iaitu Sultan Jamalul Kiram II.

Anggota Komando ATM

 

Menurut laporan media, sebuah mahkamah timbang tara Perancis pada Isnin lepas memutuskan bahawa Malaysia telah melanggar perjanjian yang ditandatangani pada 1878 dan diperintah membayar sekurang-kurangnya US$14.92 bilion kepada keturunan Sulu Sultan yang terakhir itu.

Award itu dikeluarkan oleh penimbang tara Sepanyol Gonzalo Stampa pada 28 Feb lepas. Proses timbang tara yang bermula di Sepanyol itu telah dipindahkan ke Paris di mana award tersebut diputuskan.

Sementara itu portal berita Malaysiakini menyatakan bahawa waris Sultan Sulu secara teorinya boleh menguatkuasakan keputusan timbang tara itu terhadap Malaysia itu melalui pelaksanaan Konvensyen New York, yang dianggotai Malaysia dan Sepanyol.

Sekiranya Malaysia enggan membayar RM62.59 bilion, waris mempunyai hak di bawah konvensyen itu untuk menguatkuasakan anugerah timbang tara melalui penyitaan aset Malaysia yang terletak di mana-mana daripada 167 negara penandatangan.

Baru-baru ini, laman web berita Sepanyol La Información melaporkan bahawa penimbang tara Sepanyol Gonzalo Stampa mengarahkan pembayaran itu semasa perbicaraan di mahkamah arbitrasi di Paris, Perancis.

Menggelarnya sebagai “arbitrasi terbesar di Sepanyol”, artikel itu berkata Stampa memutuskan bahawa perjanjian 1878 adalah satu “perjanjian pajakan swasta antarabangsa” komersial.

Dengan tidak membayar wang pemisahan sejak 2013, dia berkata Malaysia telah melanggar perjanjian itu.

Melainkan anugerah itu dibatalkan, Malaysia kini mempunyai tiga bulan untuk membayar atau berisiko membayar faedah.

Waris sultan Sulu pada mulanya mahu menuntut AS$32.2 bilion (RM135.08 bilion) daripada Malaysia. Ini adalah untuk mendapatkan semula wang pemisahan yang belum dibayar bersama-sama dengan jumlah yang mereka percaya sepatutnya dibayar untuk hasil minyak dan gas yang ditemui di rantau ini.

Bedilan mortar 81mm terdapap kedudukan pengganas Sulu di Kampung Tanduo pada 2013.

 

Mereka diwakili oleh firma guaman Sepanyol B Cremades & Asociados bersama Paul Cohen dan Elisabeth Mason dari 4-5 Gray’s Inn Square di London.

“Penimbang tara (Stampa) mematuhi mandatnya dengan teliti dan sah, memutuskan pertikaian kontrak antara pihak,” kata portal yang memetik Bernardo Cremades Jr.

Malaysia tidak diwakili semasa timbang tara

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Waris berkenaan telah memulakan kes di Sepanyol kerana perjanjian 1878 ditandatangani di bumi Sepanyol.

Kes itu pada asalnya dibicarakan di Madrid sehingga Mahkamah Tinggi Madrid (Tribunal Superior de Justica de Madrid) membatalkan pelantikan Stampa atas alasan bahawa Malaysia tidak dimaklumkan dengan betul mengenai kes berkenaan dan dengan itu “tidak dapat membela diri”.

Kes itu kemudiannya dipindahkan ke ibu negara Perancis.

Menurut laman web Global Arbitration Review, Malaysia tidak hadir semasa perbicaraan timbang tara di Paris. — DSA

featuredHajijiSabahSultan SuluTuntutan
Comments (0)
Add Comment