Hanya Miliki 22 Buah Su-57 Pada 2024, Pengeluaran Pesawat Gen-5 Russia Bermasalah?

Mengenai pengeluaran pesawat pejuang generasi kelima Russia, Su-57 amat perlahan ketika ini? Tentera Udara Russia dijangka hanya memiliki 22 buah pesawat Su-57 pada tahun 2022 dan 76 buah pada 2028. Apakah jumlah ini sudah mencukupi untuk bersaing dengan F-35 dan F-22 Amerika Syarikat?

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Walaupun pesawat generasi kelima Russia, Su-57 telah melakukan penerbangan sulungnya pada 2010 iaitu kira-kira 13 tahun dahulu yang lepas, namun bilangan pesawat pejuang termoden Russia di dalam tentera udara negara itu pada ketika ini adalah amat mengecewakan.

Jikalau diambilkira bahawa program pembangunan pesawat Su-57 itu bermula pada 2002, maka ia adalah lebih mengecewakan berkenaan bilangan pesawat terbabit yang kini dimiliki oleh Russia.

Pada 28 Disember yang lalu, Tentera Udara Russia menerima lagi pesawat-pesawat Su-57 yang baru daripada kilang pembuatnya iaitu Komsomolsk-on-Amur yang dimiliki oleh United Aircraft Corporation. 

Kenyataan akhbar daripada UAC itu tidak memberitahu bilangan pesawat Su-57 yang dihantarnya kepada Tentera Udara Russia pada minggu lepas itu, walaupun spekulasi mengatakan hanya empat buah.

“Komsomolsk-on-Amur telah membina dan menyerahkan kepada Kementerian Pertahanan Russia satu lagi kumpulan pesawat Su-57 sebahagian daripada program bekalan pada tahun ini,” menurut UAC.

Ketua Pengarah UAC Yuri Slyusar berkata bahawa ia telah memenuhi jadual produksi pesawat Su-57 untuk Tentera Udara Russia pada tahun ini.

“Kita akan sentiasa memenuhi tanggungjawab kami. Pesawat-pesawat Su-57 yang akan diserahkan pada tahun depan, sedang dibina pada ketika ini,” menurut beliau.

Walaupun program pembangunan Su-57 bermula pada 2002 dan pesawat pejuang generasi kelima itu melakukan penerbangan sulungnya pada 2010, tetapi Tentera Udara Russia hanya menerima pesawat pejuang yang pertama pada tahun 2020.

Sehingga kini, tidak diketahui bilangan sebenar pesawat Su-57 yang dimiliki oleh Tentera Udara Russia pada ketika ini, walaupun pemerhati menganggarkan negara itu memiliki tidak lebih daripada 10 buah pesawat terbabit.

Mengapa pengeluaran pesawat Su-57 untuk Tentera Udara Russia itu amat perlahan? Adakah Russia berhadapan dengan masalah untuk mengeluarkan lebih banyak pesawat pejuang terbabit yang direka untuk bersaing dengan F-35 dan F-22 buatan Amerika Syarikat?

Kementerian Pertahanan Russia menjangkakan bahawa menjelang tahun 2024, Tentera Udara Russia akan dilengkapi dengan 22 buah pesawat Su-57 manakala pada 2028, bilangan pesawat pejuang tercanggih Moscow itu akan meningkatkan kepada 76 buah.

Adalah mengejutkan kerana Russia hanya komited untuk memiliki 76 buah pesawat Su-57 pada 2028.

Syarikat Lockheed Martin telah pun menghasilkan kira-kira 850 buah pesawat pejuang generasi kelima F-35 daripada ketiga-tiga varian untuk tentera Amerika Syarikat dan negara-negara sekutunya.

Bagaimana Russia mahu bersaing dengan Amerika Syarikat dalam penghasilan pesawat-pesawat pejuang generasi kelima?

Ketua Pegawai Eksekutif Rostec Sergey Chemezov mengatakan bahawa kilang pembuatan pesawat Komsomolsk-on-Amur akan dimodenkan bagi membolehkan ia menambah pengeluaran pesawat Su-57.

Usaha-usaha memodenkan kemudahan pembinaan pesawat itu telah pun dimulakan.

Beliau menyatakan bahawa kilang itu bakal memodenkan produksinya, meningkatkan kemampuan produksinya menerusi penggunaan peralatan serba moden, penambahan kakitangan dan lain-lain lagi.

Pesawat satu tempat duduk dan dua enjin itu direkabentuk oleh Sukhoi Design Bureau dan Russian Aircraft Corporation untuk  operasi air superiority dan serangan.

Pesawat Su-57 yang dikatakan adalah pesawat pejuang Russia yang pertama menggunakan teknologi halimunan (stealth), boleh memusnahkan segala sasaran di udara, darat dan maritime.

Sistem persenjataan pesawat ini pula mendakwa bahawa pesawat itu boleh membawa sehingga empat peluru berpandu udara-ke-udara Beyond Visual Range (BVR) “K-77” (dipanggil NATO AA-12 Adder) yang boleh membedil sasaran udara sehingga 193km jauhnya berbanding 180km bagi peluru berpandu udara-ke-udara AMRAAM buatan Amerika Syarikat.

Peluru berpandu K-77 itu sememangnya direka untuk dibawa oleh pesawat Su-57.

Pesawat Su-57 boleh membawa sehingga lapan buah peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh dan dua buah peluru berpandu udara-ke-udara jarak dekat iaitu K-74M2

Untuk misi-misi darat dan maritim pula, pesawat Su-57 boleh membawa pelbagai bom dan peluru berpandu. — DSA

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE  

 

 

 

 

featuredSU-57SukhoiTentera Udara RussiaUAC
Comments (0)
Add Comment