Pembabitan Su-57 “Felon” Di Ukraine Hanya Libat Serangan Jarak Jauh

"Misi-misi yang dilaksanakan oleh Su-57 berkemungkinan terhad kepada penerbangan di dalam wilayah Russia itu sendiri dan melancarkan peluru-peluru berpandu udara-ke-darat dan udara-ke-udara jarak jauh terhadap sasaran di dalam Ukraine," menurut Kementerian Pertahanan UK.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Analisis yang dilakukan oleh Kementerian Pertahanan United Kingdom menunjukkan adalah hampir pasti bahawa Russia telah menggunakan pesawat pejuang generasi kelimanya, Su-57 untuk kempen ketenteraannya di Ukraine,walaupun untuk misi-misi “jarak jauh.”

Banyak pihak mendakwa perkara yang sama, bahawa Moscow telah mengerah pesawat pejuang terbarunya itu melaksanakan beberapa misi spesifik dalam konflik di Ukraine.

Dalam laporan dipanggil “Defense Intelligence Update”, Kementerian Pertahanan UK yang memetik maklumat oleh sumber-sumber yang enggan didedahkannya berkata pesawat Su-57 “Felon” itu telah dikerah ke Ukraine bermula seawal June 2022 untuk melaksanakan misi-misi khasnya.

Sukhoi Su-57

 

Walaupun Kementerian Pertahanan UK itu mendakwa pesawat Su-57 dikerah pada June 2022, namun agensi berita Russia, TASS dimaklumkan oleh sumbet industri pertahanan negara itu bahawa pesawat tercanggih negara itu telah beraksi di Ukraine hanya beberapa minggu selepas Moscow menceroboh negara jirannya itu pada Februari 2022.

“Misi-misi yang dilaksanakan oleh Su-57 berkemungkinan terhad kepada penerbangan di dalam wilayah Russia itu sendiri dan melancarkan peluru-peluru berpandu udara-ke-darat dan udara-ke-udara jarak jauh terhadap sasaran di dalam Ukraine,” menurut Kementerian Pertahanan UK.

Ini mungkin menjelaskan mengapa sehingga hari ini tidak ada pengesahan daripada maklumat terbuka tentang peranan dimainkan oleh Su-57 dalam kempen di Ukraine.

Menurut Kementerian Pertahanan UK lagi, pesawat-pesawat Su-57 yang terlibat dalam kempen ketenteraan di Ukraine dipercayai berpengkalan di Pangkalan Udara Russia di Akhtubinks berhampiran Astrakhan di selatan Russia, yang juga merupakan “rumah” untuk Pusat Ujian Penerbangan ke-929.

Peluru berpandu udara-ke-darat KH-69.

 

Bagi penganalisa ketenteraan Barat, antara senjata jarak jauh yang menjadi pilihan kepada pesawat pejuang Su-57 adalah peluru berpandu udara-ke-udara R-37M (AA-13 Axehead) yang disifatkan oleh juruterbang pesawat pejuang Ukraine sebagai “amat merbahaya” berikutan jarak tembakannya yang mencecah sehingga 124 batu.

Menggunakan peluru berpandu udara-ke-udara R-77-1 (AA-12 Adder) juga memberikan kelebihan kepada pesawat untuk operasi “over the border” kerana jarak maksimum penembakannya ada 68 batu.

Pesawat Su-57 Tentera Udara Russia itu juga menggunakan peluru berpandu udara-ke-udara K-77M yang mempunyai jarak penembakan sehingga 100 batu.

Selain daripada peluru berpandu udara-ke-udara berkeupayaan tinggi, pesawat pejuang Su-57 juga mengegar medan peperangan di Ukraine dengan penggunaan peluru berpandu udara-ke-darat jarak jauh seperti KH-69 yang direkabentuk untuk memusnahkan sasaran bersaiz kecil dan diperkukuh daripada 180 batu jauhnya.

Peluru berpandu udara-ke-udara R-37M

 

Selain itu, pesawat pejuang terkini Russia itu juga dilengkapi dengan peluru berpandu anti-radiasi KH-58UShk yang berkeupayaan membedil sasaran sejauh 150 batu.

Satu lagi kelebihan pesawat pejuang Su-57 milik Russia adalah peralatan sensor dan komunikasi datalink yang membolehkan ia memainkan peranan sebagai pesawat perisikan elektronik, pusat pemerintahan dan kawalan sebagaimana yang dilakukan oleh pesawat F-22 Raptor dan F-35. – – DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

featuredFelonRussiaSU-57Ukraine
Comments (0)
Add Comment