(VIDEO) Sistem Pertahanan Udara Jarak Jauh Turkiye “SiPER” Mula Beroperasi Akhir Tahun Ini

(VIDEO) Pengurus besar ASELSAN Ahmet Akyol mengesahkan bahawa sistem pertahanan udara jarak jauh itu akan beroperasi menjaga ruang udara Turkiye bermula pada akhir tahun ini, menggunakan peluru berpandu SiPER Block 1.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Turkiye dijangka akan mula mengoperasikan sistem pertahanan udara jarak jauh “SiPER” pada akhir tahun ini, sekaligus menyelesaikan usaha mewujudkan jaringan komprehensif sistem pertahanan udara negara Mediterranean itu.

Sistem-sistem pertahanan udara lain yang termasuk dalam jaringan komprehensif pertahanan udara Turkiye itu termasuk Gurz, Hisar-O dan Hisar-O+.

Ia juga memastikan Turkiye berdikari dalam pembuatan dan pengoperasian sistem pertahanan udaranya.

Pengurus besar ASELSAN Ahmet Akyol mengesahkan bahawa sistem pertahanan udara jarak jauh itu akan beroperasi menjaga ruang udara Turkiye bermula pada akhir tahun ini, menggunakan peluru berpandu SiPER Block 1.

Peluru berpandu SiPER Block 1 itu berkeupayaan membedil sasaran udara daripada jarak 70km manakala peluru berpandu SiPER Block II yang sedang diuji pada ketika ini dijangka mula dioperasikan oleh Tentera Udara Turkiye pada tahun depan.

Peluru berpandu SiPER Block II yang mula diuji pada tahun lepas direkabentuk untuk lebih berkeupayaan dan berkemampuan dalam menangani ancaman udara untuk menembak jatuh sasaran udara sehingga 150km jauhnya.

Sementara itu Ahmet juga mengesahkan bahawa mereka bakal memulakan pembangunan bagi peluru berpandu SiPER Block 3 yang akan menyaksikan sistem pertahanan udara itu berkemampuan menangani sasaran udara sehingga jarak lebih 200km.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan sebarang maklumat tentang tempoh pembangunan varian peluru berpandu SiPER Block 3 itu dan bilakah ia akan dioperasikan.

Sistem pertahana udara jarak jauh SiPER mula dibangunkan pada tahun 2018 selepas kontrak ditandatangani antara agensi pembangunan pertahanan Turkiye, SSB dengan ASELSAN, ROKETSAN dan TUBITAKSAGE.

Sasaran utama projek pertahanan udara jarak jauh SiPER adalah untuk memenuhi keperluan Turkiye bagi sistem pertahanan udara altitude tinggi.

Di dalam terma kontrak bagi pembangunan sistem pertahanan udara jarak jauh SiPER itu, ASELSAN diberikan tanggungjawab untuk membangunkan Fleet Control Center, Search Radar, Fire Control Center, Fire Control Radar, Communications Station Vehicle dan Communications Relay Vehicle.

Syarikat Roketsan pula membangunkan peluru berpandu itu manakala TUBITAK SAGE pula bertanggungjawab membangunkan kepala peledak peluru berpandu itu. — DSA

AselsanfeaturedSIPERTurkiye
Comments (0)
Add Comment