Sistem MRLS Korea Selatan “K239 Chunmoo” Intai Malaysia

Sistem MRLS “K239 Chunmoo” dibangunkan oleh Hanwha Aerospace dikatakan adalah pesaing utama kepada sistem MLRS HIMARS dan menurut penganalisis, kemampuan sistem MRLS buatan Korea Selatan adalah menyamai sistem HIMARS buatan Amerika Syarikat itu.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sistem Roket Lancaran Berganda (MRLS) “K239 Chunmoo” keluaran syarikat Hanwha Aerospace daripada Korea Selatan nampaknya sedang mengintai pasaran Malaysia, sama ada untuk menggantikan atau bergandingan dengan sistem ASTROS yang digunakan oleh tentera darat sejak sekian lama.

Sistem MRLS “K239 Chunmoo” dikatakan adalah pesaing utama kepada sistem MLRS HIMARS dan menurut penganalisis, kemampuan sistem MRLS buatan Korea Selatan adalah menyamai sistem HIMARS buatan Amerika Syarikat itu.

Pada pameran DSA & NATSEC 2024 yang baru sahaja berakhir baru-baru ini, syarikat Hanwha Aerospace itu telah menjalin kerjasama dengan pemain industri pertahanan meningkat naik tempatan, Widad Business Group.

Pada pameran pertahanan yang berlangsung dua tahun sekali itu, Widad Business Group diwakili oleh Pengerusi Eksekutifnya Tan Sri Muhammad Ikmal Opat Abdullah telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Hanwha Aerospace diwakili Naib Presiden Eksekutifnya merangkap Pengurus Besar Hanwha Aerospace Daejeon Plan Go Sang-Hwe.

Turut menyaksikan majlis menandatangani MoU itu adalah Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan. 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Widad, Muhammad Ikmal melahirkan keyakinan bahawa kerjasama di antara kedua-dua syarikat itu berpotensi meningkatkan kemampuan pertahanan dan menggalakkan lagi inovasi.

Digunakan oleh angkatan tentera negara-negara seperti Korea Selatan, Poland dan beberapa negara lain di Timur Tengah, sistem MRLS “K239 Chunmoo” boleh melancarkan dua roket kaliber berlainan pada masa yang sama.

Ia berkemampuan melancarkan roket-roket berkaliber 130mm, 227mm dan 239mm yang boleh membedil sasaran sejauh 36km, 80km dan 290km, sekaligus membolehkan ia memenuhi pelbagai keperluan operasi dengan berkesan.

Sistem MRLS “K239 Chunmoo” dilaporkan turut berkemampuan untuk melancarkan peluru berpandu taktikal berkaliber 600mm.

Antara ciri-ciri utama sistem MRLS K239 Chunmoo adalah kemampuan membedil sasaran dengan tepat, rapid deployment di bawah lima minit, reloading yang cepat, mobiliti taktikal yang membolehkan tentera darat kebolehan taktikal yang maksima.

Korea Selatan membangunkan sistem MRLS “K239 Chunmoo” untuk menggantikan MRLS yang telah berusia “Kooryong.”

Negara Asia Timur itu mula membangunkan sistem MRLS “K239 Chunmoo” pada tahun 2009 dan siap pada tahun 2013 dengan peruntukan sebanyak US$112 juta (RM530 juta), dengan tujuan utama sistem MRLS itu adalah untuk membedil kedudukan meriam-meriam Korea Utara.

Korea Selatan memiliki sejumlah

Antara pengguna terbesar sistem MRLS buatan syarikat Hanwha Aerospace itu adalah Poland yang menandatangi kontrak pada 2022 untuk memperolehi 288 buah unit “K239 Chunmoo”, dengan penghantaran pertama telah pun dilakukan pada 2023.

K239 Chunmoo
Sistem MRLS M239 Chunmoo berkemampuan melancarkan roket-roket berkaliber 130mm, 227mm dan 239mm yang boleh membedil sasaran sejauh 36km, 80km dan 290km, sekaligus membolehkan ia memenuhi pelbagai keperluan operasi dengan berkesan.

 

Pada April tahun ini, kerajaan Poland menandatangani perjanjian untuk memperolehi sejumlah 72 unit sistem MRLS itu.

Varian sistem MRLS “K239 Chunmoo” itu digelar “Homar-K” dan ia akan bergandingan dengan sistem MLRS HIMARS buatan Amerika Syarikat.

Selain itu, syarikat Widad Business Group juga menandatangani MoU Perjanjian dengan syarikat Turkiye, Havelsan Hava Elektronik Sanayi ve Ticaret AS.

Ia melibatkan Weapon Training Shooting Simulator (WeTSS) yang akan meningkatkan kemampuan latihan Angkatan Tentera Malaysia. — DSA

 

ChunmoofeaturedKoreaMalaysia