Tentera S’pura Tingkat Keupayaan Kesan Tembakan Artilleri, Mortar Musuh

Sistem AN/TPQ-53 WLR yang menggunakan active electronically scanned array (AESA) dibangunkan oleh firma pertahanan Amerika Syarikat, Lockheed Martin berkemampuan mengesan ancaman musuh sama ada artileri, mortar dan roket musuh sehingga 60km jauhnya.

Jom folo Defence Security Asia di Telegram,Facebook dan Twitter untuk perkembangan terkini dunia pertahanan dan keselamatan.

 

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Darat Singapura telah melakukan ujian terhadap radar pengesan tembakan (Weapon Locating Radar) yang baru diperolehinya beberapa bulan lepas daripada syarikat pertahanan Amerika Syarikat, Lockheed Martin dikenali  “TPQ-53 WLR”.

Tentera Singapura pertama kali mengumumkan tentang perolehan sistem itu pada June lepas, menurut laporan oleh portal Channel News Asia baru-baru ini.

“Sistem TPQ-53 WLR meningkatkan keupayaan tentera Singapura untuk mengesan tembakan roket, artilleri dan mortar oleh pihak musuh.”

“Radar terbabit berkemampuan mengesan lokasi ancaman tersebut sehingga jarak 60km. Ia juga boleh dipusingkan 360 darjah untuk memberikan perlindungan keseluruhannya,”  menurut laporan oleh portal berita.

Tentera Singapura dilaporkan berpuashati dengan pencapaian oleh sistem TPQ-53 WLR dalam latihan yang dijalankan itu.

Sistem TPQ-53 WLR (Weapon Locating Radar) Tentera Singapura. (gambar kredit MINDEF Singapura)

 

Sistem AN/TPQ-53 WLR yang menggunakan active electronically scanned array (AESA) itu dibangunkan oleh firma pertahanan Amerika Syarikat, Lockheed Martin juga berkemampuan untuk mengesan dan menjejaski Unmanned Aerial System (UAS).

Sistem “TPQ-53 WLR” itu menggantikan sistem terdahulu yang digunakan oleh Tentera Singapura sejak 1986 (dipercayai sama ada TPQ-36 atau TPQ-37) yang boleh mengesan ancaman daripada kedudukan static pada jarak 50km.

Tentera Singapura menggunakan sistem ini untuk memusnahkan ancaman daripada pihak musuh atau menyediakan amaran awal terhadap ancaman serangan roket, artilleri atau mortar.

Sistem TPQ-53 WLR ini menambah satu lagi aset penderia (sensor) kepada Angkatan Tentera Singapura, yang turut bergantung kepada dron Heron-1 dan sistem mini dron VELOCE 15.

Ujian terhadap sistem sensor terbaru Tentera Singapura itu dilakukan pada Exercise Forging Sabre yang berlangsung di Idaho, Amerika Syarikat pada 14 hingga 25 Sept, dimana maklumat yang diterima daripada sistem penderia itu dikongsi dengan sistem kawalan dan pemerintahan untuk memberikan laporan terkini tentang situasi medan peperangan dengan lebih menyeluruh.

Sistem High Mobility Artillery Rocket Systems (HIMARS) milik Tentera Singapura. (gambar kredit MINDEF Singapura)

 

Menurut laporan oleh portal berita itu, dalam latihan itu sistem TPQ-53 WLR diuji untuk mengesan dan menjejaki pelancaran roket-roket daripada pasukan sahabat dan musuh dengan menggunakan sistem roket, High Mobility Artillery Rocket Systems (HIMARS).

Sistem HIMARS itu berkemampuan melancarkan roket sejauh 70km.

Exercise Forging Sabre itu turut melibatkan penggunaan helikopter penyerang AH-64D Apache republik itu.

Tentera Singapura kerapkali melakukan latihan mereka terutamanya membabitkan senjata-senjata berat seperti artilleri dan roket sama ada di Australia atau Amerika Syarikat berikutan kekangan kawasan latihan yang bersesuaian di republik itu.

Pesawat-pesawat pejuangnya turut ditempatkan di Amerika Syarikat dan negara-negara lain bagi membolehkan juruterbang mereka dapat menjalani latihan di kawasan ruang udara yang lebih luas.

Sistem mini UAV “VELOCE 15” milik Tentera Singapura. (gambar kredit MINDEF Singapura)

 

DEFENCE SECURITY ASIA

ArtilleriKemampuanRadarSingapura