Media Dakwa M’sia Runding Peroleh SPH “Eva” 155mm Buatan Slovakia

Portal pertahanan antarabangsa, Shepard Media yang berdasarkan laporannya daripada artikel bertarikh 1 September oleh sebuah badan pemikir Slovakia dipanggil Institute for Central Europe (ICE) mendakwa Malaysia bakal memperolehi sistem meriam bergerak, "Eva" 155mm L52.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Portal pertahanan antarabangsa, Shepard Media mendakwa bahawa Kementerian Pertahanan Malaysia sedang berunding untuk memperolehi sistem meriam bergerak (self-propelled howitzer) “Eva” yang dibangunkan oleh sebuah syarikat Slovakia.

Shepard Media memetik laporannya daripada artikel bertarikh 1 September yang diterbitkan oleh sebuah badan pemikir Slovakia dipanggil Institute for Central Europe (ICE).

Menurut artikel yang diterbitkan oleh badan pemikir terbabit, perjanjian bagi perolehan di antara 16 hingga 18 buah unit “Eva” dijangka dimeterai dengan syarikat pertahanan Slovakia, Konstrukta Defence tidak lama lagi.

Sistem meriam bergerak “Eva” 155mm L52 yang dibangunkan oleh Konstrukta Defence daripada Slovakia.

 

Di dalam artikel yang diterbitkan oleh ICE itu, ia juga berkata bahawa spesifikasi terakhir bagi perolehan oleh Malaysia masih belum dimuktamadkan dan maklumat berkenaan produksi dan kemungkinan pengeluaran berlesen masih belum didedahkan pada ketika ini.

Laporan oleh Shepard Media yang memetik laporan daripada badan pemikir Slovakia itu adalah amat mengelirukan, memandang laporan tempatan mengatakan bahawa Kementerian Pertahanan telah pun memilih sistem meriam bergerak “Yavuz” 155mm 52cal yang dibangunkan oleh syarikat Turki, MKE.

Dilaporkan bahawa syarikat MA Analytics telah pun menerima Letter of Intent daripada Kementerian Pertahanan bagi perolehan 18 buah “Yavuz” 155mm 52 cal.

Namun setakat ini tiada lagi pengesahan daripada Kementerian Pertahanan.

Tahap kebolehpercayaan admin terhadap dakwaan mengenai “Eva” sebagaimana di dalam  laporan Shepard Media yang memetik artikel daripada badan pemikir Slovakia itu adalah amat rendah.

Kemungkinan besar, dakwaan perolehan sistem meriam bergerak “Eva” daripada negara Eropah adalah “mimpi basah” seseorang.

Namun kita selidik jugalah sistem meriam bergerak “Eva” yang dibangunkan oleh syarikat Slovakia, Konstrukta Defence dengan separuh daripada perbelanjaan pembangunan sistem meriam itu dibiayai oleh Kementerian Pertahanan negara itu.

Sistem “Eva” itu hanya didedahkan pada awam pada tahun 2015.

Ia adalah berdasarkan kepada kenderaan Tatra T810 6×6 dan menggunakan meriam 155mm/L52 dan ia mampu membedil semua peluru mengikut standard NATO.

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Sistem yang dikatakan dibangunkan di dalam tempoh 9 bulan sahaja itu, boleh melepaskan lima tembak dalam satu minit atau 12 tembakan dalam tempoh tiga minit.

Jika menggunakan peluru Rocket-Assisted Projectile (RAP), meriam boleh melepaskan bedilan sejauh 41km.

Menggunakan kenderaan seberat 22 tan, sistem “Eva” itu dikendalikan oleh tiga orang krew iaitu komander, gunner dan pemandu. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore
BergerakfeaturedMeriamSlovakia
Comments (0)
Add Comment