Serpihan Peluru Berpandu Korea Utara Tunjukkan Ia Guna Pelbagai Komponen Syarikat Barat

Peluru berpandu KN23/24 itu dipanggil Hwasong-11A atau Hwasong-11B oleh Korea Utara  dikenalpasti mengandungi komponen elektronik buatan Barat sekurang-kurangnya daripada sembilan buah syarikat pembuat daripada Switzerland, United Kingdom dan Belanda.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Korea Utara menggunakan pelbagai komponen buatan syarikat-syarikat Barat dalam pembuatan peluru berpandu yang dibekalkan kepada Russia untuk menyerang Ukraine pada September lalu.
Laporan oleh badan penyiasat bebas Ukraine itu menunjukkan kejayaan Korea Utara dalam mengelak sekatan ekonomi antarabangsa untuk teruskan membangunkan program peluru berpandu ballistiknya.
Badan bebas Ukraine itu menggunakan serpihan peluru berpandu Korea Utara KN23/24 yang ditemui anggotanya di Myrne dan Bilyky di wilayah Poltava selepas Russia melancarkan peluru berpandu itu pada September 7 lepas.
Peluru berpandu KN23/24 itu dipanggil Hwasong-11A atau Hwasong-11B oleh Korea Utara  dikenalpasti mengandungi komponen elektronik buatan Barat sekurang-kurangnya daripada sembilan buah syarikat pembuat daripada Switzerland, United Kingdom dan Belanda.
Ada di antara komponen-komponen itu adalah baru, dimana ia telah dibuat pada 2023-2024 manakala adalah yang diperbuat pada 2021.
KN-23/24
Badan penyiasat bebas Ukraine itu menyatakan komponen-komponen buatan negara Barat itu membuktikan bahawa pihak Korea Utara telah berjaya memperolehi microelektronik yang kritikal dan baru dibuat dalam pembuatan peluru berpandu yang akan digunakan terhadap penduduk Ukraine.
Ia  juga menunjukkan sekatan ekonomi masyarakat antarabangsa yag sedia ada telah gagal dalam menghalang Korea Utara dalam membangunkan peluru berpandu ballistik.
“Semua pihak terlibat dalam membangunkan dan mengeksport senhata-senjata Korea Utara perlu didedahkan dan dihukum. Eksport senjata Korea Utara perlu dihentikan,” kata badan penyiasat bebas Ukraine yang dinamakan “NAKO.”
Badan penyiasat bebas Ukraine itu telah mengenalpasti komponen-komponen buatan syarikat Barat  yang digunakan oleh Korea Utara dalam pembangunan peluru berpandunya.
Syarikat-syarikat dikenalpasti itu adalah:
  •  Diodes Inc., Bourns, Broadcom, Analog Devices dan Avago daripada Amerika Syarikat.;
  •  NXP daripada Belanda;
  •  Traco Power dan STMicroelectronics daripada Switzerland;
  •  XP Power daripada United Kingdom
Badan penyiasat bebas Ukraine mengesyaki XP Power “isolate power converters” buatan syarikat itu telah dihasilkan pada tahun lepas, dengan Korea Utara dipercayai memperolehinya pada 2023 dan 2024.
Sementara itu syarikat-syarikat Amerika Syarikat, Avago dan Analog telah membangunkan komponen seperti microchip dan conversion boards yang ditemui pada peluru berpandu Korea Utara.
Penganalisis ketenteraan Joost Oliemans mengesahkan ketepatan analisis oleh badan penyiasat bebas Ukraine yang berdasarkan kepada serpihan peluru berpandu Korea Utara Hwasong-11B yang ditemui pada 7 Sept.
Peluru berpandu KN-23/24 itu diperbuat oleh Korea Utara dan boleh membedil sasaran sejauh 690km dan menurut penyelidik bahawa trajektori peluru berpandu itu menyukarkan usaha sistem pertahanan udara Ukraine untuk memintasnya.
Analisis oleh badan penyiasat bebas Ukraine itu adalah selari dengan analisis dilakukan oleh badan penyelidik, Conflict Armament Research (CAR) yang diterbitkan pada February tahun ini tentang peluru berpandu KN-23/KN-24 Korea Utara digunakan oleh Russia terhadap badan Ukraine di Kharkiv.

Hasil dapatan oleh CAR, peluru berpandu Korea Utara itu juga mengandungi pelbagai komponen diperbuat oleh syarikat-syarikat Barat.
Penyiasat daripada CAR dalam laporannya menyatakan bahawa Korea Utara jaringan antarabangsannya untuk mendapatkan pelbagai komponen buatan syarikat Barat yang berpangkalan di beberapa negara di Eropah.
Jaringan bekalan Korea Utara itu telah banyak membantu Pyongyang mengelak sekatan senjata antarabangsa untuk mendapatkan komponen-komponen elektronik yang amat penting untuk pembangunan program peluru berpandunya. — DSA

 

BaratfeaturedKompponenKorea Utara