Pemancing “Bertembung” Kapal Selam Asing Di Selat Melaka

Menerusi video yang dimuat naik oleh page Facebook “Insang Merah Fishing Charter by Lebai Mael”, kelihatan sekumpulan  pemancing sedang leka dengan aktiviti rekreasi mereka,  apabila tiba-tiba ternampak sebuah kapal selam sedang belayar tidak jauh daripada bot dinaiki mereka.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sekumpulan pemancing yang sedang berseronok dengan aktiviti rekreasi mereka berdepan dengan detik “sekali dalam seumur hidup” apabila berhadapan dengan sebuah kapal selam tidak dikenali di perairan sekitar Pulau Jarak di Selat Melaka baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuat naik oleh page Facebook “Insang Merah Fishing Charter by Lebai Mael”, kelihatan sekumpulan  pemancing sedang leka dengan aktiviti rekreasi mereka,  apabila tiba-tiba ternampak sebuah kapal selam sedang belayar tidak jauh daripada bot dinaiki mereka.

Kapal selam terbabit bergerak di atas permukaan air, sesuatu perkara yang biasa apabila ia belayar di perairan Selat Melaka, berkemungkinan di atas permintaan negara-negara littoral (negara pesisir) di selat itu iaitu Malaysia dan Indonesia.

Tidak dapat dipastikan sama ada kapal selam asing itu sedang memasuki atau mahu dalam pelayaran keluar daripada Selat Melaka.

Mengenai identiti kapal selam yang dilihat oleh sekumpulan pemancing itu, sehingga ini tidak dapat dipastikan tetapi berdasarkan kepada rekabentuknya, ia adalah sebuah kapal selam konvensional iaitu berkuasa diesel-elektrik.

(kredit Ingsang Merah Fishing Charter by Lebai Mael)
(kredit Ingsang Merah Fishing Charter by Lebai Mael)

 

Terdapat kemungkinan kapal yang selam yang dilihat oleh pemancing di Pulau Jarak itu adalah milik Tentera Laut India.

Beberapa hari lepas, akaun X (dahulu dikenali Twitter) OSINT Mr WB @WBWhiskeyBravo menyatakan bahawa sebuah kapal selam milik India, INS Shankul (S47) telah dikesan memasuki Selat Melaka.

INS Shankul adalah kapal selam diesel elektrik kelas-Shishumar Tentera Laut India yang dibina oleh firma HDW daripada Jerman.

Kapal selam seberat 1800 tan itu berkemampuan sebanyak 14 buah torpedo dan periuk api.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan pernah menyentuh tentang pelayaran kapal-kapal selam asing di dalam dan berhampiran perairan negara ketika menjawab soalan  di Dewan Rakyat pada 30 Mac yang lalu.

Katanya, negara-negara anggota AUKUS (kerjasama ketenteraan melibatkan Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat) perlu menghormati instrumen perundangan negara dan antarabangsa sedia ada membabitkan pengoperasian kapal-kapal selam berkuasa nuklear di dalam kawasan perairan negara.

(kredit Ingsang Merah Fishing Charter by Lebai Mael)
(kredit @WBWhiskeyBravo)

 

Negara-negara anggota AUKUS menurutnya, perlu menghormati instrumen perundangan negara dan antarabangsa sedia ada tentang pengoperasian kapal-kapal selam berkuasa nuklear di dalam kawasan perairan negara.

Ini termasuklah instrument-instrumen yang digubal oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seperti Konvensyen Undang-Undang Laut PBB 1982 (UNCLOS) dan Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) dan Deklarasi ASEAN mengenai Zon Keamanan, Kebebasan dan Berkecuali (ZOPFAN).

“UNCLOS 1982 juga menyatakan bahawa mana-mana kapal selam yang melalui wilayah negara lain perlu belayar di atas permukaan air , tidak boleh menyelam, dia mesti lalu di atas permukaan air.”

“Peraturan ini terpakai di negara kita dan negara-negara pesisir yang lain,” kata Menteri Pertahanan.

Sungguh begitu kata beliau, jikalau ada kapal selam asing sama ada yang berkuasa konvensional atau berkuasa nuklear yang mahu belayar di bawah permukaan air dalam perairan negara, maka tentera laut negara asing itu perlu mengemukakan permohonan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terlebih dahulu melalui nota diplomatik bagi mendapatkan kebenaran khas. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

featuredKapal SelamPemancingSelat Melaka
Comments (0)
Add Comment