Selamat Tinggal Airbus A380-800 Malaysia Airlines

Dalam posting di dalam Linkedin hari ini, Malaysia Airlines menyatakan ia telah memulakan proses tender terbuka untuk menjual keenam-enam buah pesawat komersial itu beserta komponen-komponennya.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Rakyat Malaysia sudah boleh mengucapkan “Selamat Tinggal” kepada enam buah pesawat komersial Airbus 380-800 kerana Malaysia Airlines sudah memulakan proses untuk menjualnya.

Dalam posting di dalam Linkedin hari ini, Malaysia Airlines menyatakan ia telah memulakan proses tender terbuka untuk menjual keenam-enam buah pesawat komersial itu beserta komponen-komponennya.

Proses tender itu dilakukan oleh MAB Pesawat Sdn Bhd (MABP).

MABP mempelawa mana-mana pihak yang berminat untuk membeli pesawat itu supaya menghantar cadangan mereka menerusi emel kepada: aircraft.project@malaysiaairlines.com cc vendor@malaysiaairlines.com

Mana-mana pihak yang berminat perlu mengemukakan cadangan mereka pada 12pm pada Khamis, 12 Ogos, 2021.

Menurut laporan agensi berita Reuters pada 4 Mei lalu, Malaysia Aviation Group (MAG) menyatakan ia sedand mencari jalan untuk melupuskan enam buat pesawat Airbus A-380 itu.

MAG yang merupakan parent company kepada MAS berkata, pesawat-pesawat itu tidak termasuk didalam perancangan masa depan untuk Malaysia Airlines.

Usaha menjualkan pesawat gergasi Airbus A-380 ini bukanlah sesuatu yang mudah mereka tidak banyak syarikat yang mahu memilikinya.

Banyak syarikat yang menggunakan pesawat Airbus A-380 itu menghantar pesawat terbabit yang tidak digunakan oleh mereka ke padang pasir yang dijadikan tempat penyimpanan pesawat komersial, menurut laporan media sebelum ini.

Sebelum ini MAS menggunakan pesawat Airbus itu untuk mengangkut jemaah haji Kuala Lumpur-Jeddah.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Airbus A-380Malaysia AviationMAS