Sektor Keselamatan Malaysia Terima RM40.7 Bilion Tahun Depan. Di Mana Duit Itu Akan Dibelanjakan?

Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan sebanyak RM21.2 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertahanan termasuk RM5.8 bilion yang dikhususkan untuk kerja-kerja senggara dan pembaikan serta perolehan aset-aset ketenteraan baharu.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat berjumlah RM421 bilion dan Kementerian Pertahanan telah diperuntukan RM21.2 bilion untuk tahun depan.
Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan sebanyak RM21.2 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertahanan termasuk RM5.8 bilion yang dikhususkan untuk kerja-kerja senggara dan pembaikan serta perolehan aset-aset ketenteraan baharu.
Dalam kenyataan menerusi akaun FB miliknya, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, peruntukan sebanyak RM21.2 bilion yang diberikan kepada Kementerian Pertahanan untuk tahun depan adalah suatu peningkatan berbanding pada tahun ini.
“Peruntukan ini menyaksikan peningkatan sekitar 7 peratus berbanding tahun ini, sekali gus menjadikan Kementerian Pertahanan dalam kelompok tiga Kementerian yang memperoleh peruntukan tertinggi, selepas Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan.”
Secara asasnya menurut beliau,  peningkatan ini merangkumi penambahbaikan peruntukan sedia ada serta keperluan khas seperti kepengerusian ASEAN 2025.
FA-50 yang akan mula diterima oleh TUDM pada akhir 2026.
Antara inisiatif yang menyaksikan peningkatan adalah:
* RM5.8 bilion peruntukan kerja-kerja senggara dan pembaikan serta perolehan aset-aset ketenteraan baharu.
* Penyelenggaraan semua sekolah dan pelebaran dan pengukuhan capaian Internet di dalam kem-kem tentera.
Selain itu, terdapat beberapa pengukuhan dasar dan inisiatif sedia ada. Ini termasuklah:
* Pelaksanaan fasa rintis Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dengan konsep baharu dengan peruntukan RM50 juta.
* Program PROTÉGÉ – Veteran, yang mewajibkan para kontraktor menyediakan peluang pekerjaan kepada veteran ATM.
* Peningkatan Bantuan Sara Hidup veteran ATM tidak berpencen kepada RM500 sebulan (RM300 sekarang).
* Pelarasan pencen secara berfasa berdasarkan pelarasan peratusan ke atas gaji akhir pesara.
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman ketika memberitahu Bernama berkata, peruntukan sebanyak RM5.8 bilion untuk perolehan aset strategik serta kerja penyelenggaraan dan pembaikan dilihat sebagai langkah penting dalam usaha memperkukuh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) .
“Eva M2” 155mm
“Dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik global, komitmen terhadap pertahanan negara menjadi keutamaan.
“Tambahan pula, tumpuan khusus yang diberikan kepada pembangunan industri pertahanan tempatan seiring inovasi dan teknologi masa kini amatlah dialu-alukan,” katanya kepada Bernama
Sementara itu, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM19.5 bilion untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN), meningkat RM500 juta berbanding sebelum ini.
Kerajaan turut memperuntukkan lebih RM2.12 bilion aset khusus untuk PDRM dan agensi beruniform di bawah KDN.
Ia bagi menjamin keselamatan dalam negeri melalui usaha bersepadu membendung peningkatan kes jenayah, selain mengekang anasir permusuhan yang memecah belahkan rakyat.
Kerajaan menurut Anwar akan turut memperkasa kawalan perairan negara dengan membuat perolehan sembilan buah kapal untuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
Salah sebuah kapal peronda APMM
Perolehan itu sebahagian aset perairan yang akan ditambah, selain aset-aset yang perlu diselenggara.
Katanya, perolehan terdiri enam kapal di bawah Program lanjutan Hayat Kapal Fasa 2 (SLEP), selain sebuah Kapal Misi Pelbagai Fungsi (Multi Purpose) dan dua Kapal Ronda Generasi Baharu (New Generation Patrol Vessel). — DSA

belanjawanfeaturedMohamed Khaledpertahanan
Comments (0)
Add Comment