Sistem UAS “ScanEagle” TLDM Mula Beroperasi Di Kepulauan Spratly

Kehadiran sistem UAS  “ScanEagle” dan peralatan sokongannya bakal meningkatkan lagi kemampuan Intelligence, Surveillance and Reconnaisance (ISR) TLDM di sekitar Terumbu Layang-Layang dan Kepulauan Spratly amnya yang sentiasa "panas" itu.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Eksesais Angkasa Samudera (Eks ANGSA) yang sedang berlangsung pada ketika ini telah menunjukkan bahawa Skn 601 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengendalikan sistem Unmanned Aerial System (UAS) “ScanEagle” telah pun beroperasi di Stesen LIMA TLDM,  di Terumbu Layang-Layang yang berada di Kepulauan Spratly.

TLDM menerusi ciapan di akaun X (dahulu dikenali sebagai Twitter) hari ini telah menyiarkan beberapa keping gambar lawatan Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob di Stesen LIMA TLDM untuk meninjau operasi Skn 601 itu.

Ciapan oleh TLDM itu juga peranan Skn 601 yang mengoperasi “ScanEagle” adalah untuk tujuan pengumpulan maklumat-maklumat Intelligence, Surveillance and Reconnaisance (ISR) dalam menyokong Eks ANGSA itu.

(TLDM)
(TLDM)

 

Tidak jelas samada penempatan Skn 601 di Stesen LIMA itu adalah tetap atau hanya sepanjang berlangsungnya Eks ANGSA.

Bulan lepas, Defence Security Asia melaporkan bahawa TLDM akan mengoperasikan sistem UAS “ScanEagle” di Stesen LIMA yang terletak di Terumbu Layang-Layang, Kepulauan Spratly.

Kehadiran sistem UAS  “ScanEagle” dan peralatan sokongannya bakal meningkatkan lagi kemampuan Intelligence, Surveillance and Reconnaisance (ISR) TLDM di sekitar Terumbu Layang-Layang dan Kepulauan Spratly amnya yang sentiasa “panas” itu.

Sebagaimana yang kita ketahui, Kepulauan Spratly yang dikatakan kaya dengan minyak dan gas itu adalah “panas” dengan beberapa negara serantau seperti China, Vietnam dan Filipina mendakwa keseluruhan kawasan kepulauan itu atau sebahagiannya adalah hak milik mereka.

China sebagai contohnya, telah menjadikan beberapa terumbu karang di Kepulauan Spratly sebagai pangkalan tenteranya, menempatkan pesawat-pesawat tentera, kemudahan radar dan komunikasi serta kapal-kapal perang.

(TLDM)
Gambar Fail Scaneagle (TLDM)

 

Tindakan TLDM menempatkan sistem UAS ScanEagle di Stesen Lima, Pulau Layang-Layang itu sudah semestinya akan meningkatkan kemampuannya untuk mengawasi perairan milik negara di Kepulauan Spratly itu.

TLDM dipercayai memiliki 12 buah sistem UAS “ScanEagle” yang dibangunkan oleh syarikat Boeing-Insitu.

Sistem UAS itu disumbangkan kepada Malaysia oleh Amerika Syarikat di bawah program Maritime Security Initiative (MSI) yang bermatlamat untuk meningkatkan kemampuan pemantauan maritime dan pertahanan negara-negara rakan Washington.

Menurut kenyataan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat pada May 2019, syarikat Boeing Insitu dianugerahkan kontrak bernilai US$48 juta (RM216 juta) untuk membekalkan 48 buah sistem UAS ScanEagle kepada Malaysia, Indonesia, Filipina dan Vietnam.

Scaneagle dioperasikan oleh anggota Skn 601 TLDM.

 

TLDM mula menerima sistem dron ScanEagle itu pada Mei 2020 dan kini dioperasikan oleh Skuadron 601 yang berpangkalan di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu.

“ScanEagle” memiliki berat sekitar 22kg dengan kelajuan maksimum 150 km/j itu membolehkannya berkemampuan untuk beroperasi selama 12 jam dengan ketinggian pengoperasian ideal bermula dari 762 meter sehingga 1,524 meter. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

featuredLayang-LayangScanEagleSpratlyStesen LimaTLDM