“Sandiwara” Apa… Wahai Ketapi!

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Pada 19 Ogos, 2014 pegawai penyiasat Insp Jamirin Kintai telah memberikan kenyataan semasa pemeriksaan balas di Mahkamah Tinggi Sabah tentang apa yang berlaku terhadap enam anggota polis di dalam kejadian serangan hendap di Kampung Simunul pada 2 Mac 2013.
Jamirin telah mendedahkan bagaimana anggota polis itu diperlakukan oleh penyerang-penyerang mereka pada hari yang menjadi titik hitam kepada pasukan keselamatan negara.
Penyeksaan yang diterima oleh anggota polis terbabit adalah amat diluar batas perikemanusiaan, membuktikan betapa melampaunya pernyataan “sandiwara” oleh bekas Menteri Pelancongan Mohammadin Ketapi itu, yang juga merupakan anggota Majlis Tertinggi parti Warisan.
Anggota-anggota polis yang malang itu bukan berhadapan dengan “ayam dan anjing” dalam insiden serangan hendap di Kampung Simunul, tetapi sekumpulan pembunuh yang amat kejam dan tidak langsung tidak berperikemanusiaan.
Kampung Simunul, Semporna (gambar internet)
Bagi admin, pernyataan maaf oleh pemimpin parti Warisan itu tidak boleh diterima oleh mana-mana rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi anggota keluarga anggota polis terbabit yang berkemungkinan masih tidak boleh menerima kehilangan mereka.
Tidak ada manusia yang sanggup menerima anggota keluarga mereka diperlakukan sedemikian oleh “ayam dan anjing”.
Sebagaimana dipetik oleh Bernama, Jamirin yang bertanggungjawab mengeluarkan mayat anggota polis berkenaan dari Kampung Simunul, Semporna pada 6.45 petang pada 3 Mac 2013, berkata, dua daripada mangsa telah dipenggal dan dicacatkan.
“Leher Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran pula telah dipenggal dan terdapat luka pada badan, kulit dan dagingnya. Mukanya telah dikoyakkan dan hanya kelihatan tulang muka,” katanya.
Jamirin juga memberitahu mahkamah bahawa leher Lans Koperal Salam Togiran “hampir putus dengan kepalanya hanya melekat pada tubuhnya oleh beberapa inci kulit pada lehernya.
“Kesan kelaran terdapat pada kepala dan badan Sarjan Abdul Aziz Sakiran dan Superintenden Ibrahim Lebar, manakala ASP Michael Padel mengalami kecederaan pada bahu dan dada, katanya.
Semasa pemeriksaan balas, Jamirin juga berkata beliau mendapati insiden melibatkan enam anggota polis itu ada kaitan dengan pencerobohan oleh kumpulan lelaki bersenjata Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, pada Februari tahun lepas.
Sementara itu, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) hari ini memberi jaminan keselamatan kepada pengundi dan orang ramai pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu ini.

Komander ESSCom Datuk Ahmad Fuad Othman berkata sebanyak 10 pasukan khas ESSCom diatur gerak di sekitar Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

“Semua (kawasan) udara, daratan dan perairan kita (pasukan keselamatan) jaga dan ia dilaksanakan lebih aktif lagi ketika ini dan pada masa akan datang,” katanya di Lahad Datu.

Baru-baru ini, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali mendedahkan ada menerima maklumat kemasukan besar-besaran rakyat negara asing untuk membuat kekacauan pada Pilihan Raya Negeri Sabtu ini.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Mohammadin KetapiPRN SabahSabahTanduoWarisan
Comments (0)
Add Comment