Solusi “Luar Kotak” Russia/Soviet Untuk Mengesan Kehadiran Kapal Selam Barat

Laporan rahsia oleh CIA pada 1972 yang hanya didedahkan pada 2017 menyatakan Soviet Union mempunyai cara lain "luar daripada norma" (unconventional) untuk mengesan kapal selam nuklear Amerika tanpa menggunakan sistem sonar pun. Ia dipanggil ""System Obnarujenia Kilvateranovo Sleda" atau SOKS.

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Pada akhir 1980-an, Soviet Union mendakwa ia telah berjaya mengesan kapal selam nuklear Amerika Syarikat, USS Simon Bolivar, yang dianggap sebagai suatu kejayaan yang besar kerana selama ini penganalisis tentera Barat menganggap peratusan kapal selam mereka terutama Amerika Syarikat dikesan adalah amat amat tipis. 

Kejayaan Soviet Union mengesan kapal selam Amerika itu dicapai oleh kapal selamnya dikenali nama, K-147 daripada kelas “Victor”.

Amerika Syarikat pada ketika itu percaya kapal selam nuklearnya tidak boleh dikesan oleh Soviet Union kerana beranggapan teknologi sonar untuk mengesan kapal selam berkuasa nuklear mereka  yang dimiliki oleh negara Komunis itu ketinggalan daripada segi teknologinya. 

Sistem SOKS

 

Namun laporan rahsia oleh CIA pada 1972 yang hanya didedahkan pada 2017 menyatakan Soviet Union mempunyai cara lain “luar daripada norma” (unconventional) untuk mengesan kapal selam nuklear Amerika tanpa menggunakan sonar pun.

Sistem bukan sonar yang dibangunkan oleh Soviet Union itu dinamakan “System Obnarujenia Kilvateranovo Sleda” atau SOKS.

Kapal selam K-147 Soviet daripada kelas-Victor itu dikatakan telah pun dilengkapi dengan sistem SOKS sejak 1969.

Walaupun tahu tentang kewujudan SOKS, tetapi Amerika dan sekutunya masih belum mengetahui secara mendalam mengenai sistem itu serta keupayaannya menyebabkan mereka memandang rendah keupayaan Moscow untuk mengesan kehadiran kapal selam mereka.

Ia ditambah pula, Soviet Union pada ketika amat menjaga rahsia tentang sistem SOKS ini.

USS Simon Bolivar

 

Sistem SOKS ini dipasang di kapal-kapal selam Russia dan daripada pandangan luar sistem itu kelihatan seperti benda-benda tajam (spike) atau gerigi yang dipasang  dibadan kapal selam.

Sistem yang unik ini merupakan jalan penyelesaian di luar kotak oleh Soviet Union di dalam usaha mereka untuk mengesan kapal selam nuklear Amerika tanpa perlu bergantung pada sistem sonar, sama ada pasif atau aktif.

Dalam laporan rahsia CIA itu, salah satu instrumen SOKS dalam mengesan kapal selam musuh dipanggil “activation radionuclides”, iaitu keupayaan untuk mengesan radiasi lemah yang dihasilkan oleh rektor nuklear milik kapal selam itu.

Instrumen lain SOKS pula dipanggil “gamma ray spectrometer” yang berfungsi mengesan kesan-kesan radioaktif di dalam air laut.

Soviet Union terlebih dahulu menggunakan sistem SOKS terhadap kapal selam nuklearnya sendiri untuk memastikan keefektifannya sebelum mengerahkan supaya sistem itu digunakan untuk mengesan kapal-kapal selam musuh.

Laporan rahsia Amerika itu juga mendedahkan bagaimana kapal selam nuklear yang bergerak telah meninggalkan campuran kimia yang unik dalam gelombang ombak (wake) yang dihasilkannya.

Antara bahan kimia yang dihasilkan apabila kapal selam nuklear itu bergerak itu termasuklah logam zinc daripada bahan anti-karat kapal selam itu.

Dengan instrumen SOKS, kapal selam Russia itu berkemampuan mengesan partikel Nickel yang terhasil daripada air laut yang digunakan untuk mendinginkan rektor nuklear kapal selam.

Rektor nuklear kapal selam memerlukan ribuan gelen air sejuk untuk menyejukkannya.

SOKS juga mampu mengesan hydrogen yang dihasilkan oleh sistem oksigen untuk krew kapal selam walaupun ia telah larut dalam air laut.

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Walaupun bahan-bahan kimia yang terhasil itu adalah dalam jumlah yang amat kecil tetapi sistem yang canggih dan unik seperti SOKS  mampu mengesan kehadirannya.

Dan itulah yang dilakukan oleh Soviet Union dan Russia dalam mengesan kehadiran kapal selam nuklear Amerika Syarikat di merata dunia.

Ia adalah penyelesaian “out of box” Soviet Union/Russia yang amat tidak disangka-sangka oleh Amerika Syarikat.

Kita perlu ambil iktibar. — DSA

featuredKapal SelamRussiaSOKSSoviet
Comments (0)
Add Comment