Russia Perhebat “Lukisan” Imej Pesawat Kombat di Pangkalan Udaranya

Sejak kebelakangan ini, tentera Russia semakin aktif melukis imej-imej pesawat pejuang di beberapa pangkalan udaranya bagi mengelirukan usaha-usaha perisikan oleh pihak Ukraine yang  kerapkali menyerang pangkalan itu menggunakan dron-dron berani mati serta peluru berpandu kruis yang dibekalkan oleh Barat.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Bagi mengelirukan usaha-usaha perisikan oleh pihak Ukraine, tentera Russia telah mempergiatkan lagi solusi “luar kotaknya” telah melukis imej-imej sebenar pesawat MiG-31 “Foxhound” menggunakan cat di landasan pangkalan udara Belbek yang terletak di wilayah Crimea, di Ukraine.

Walaupun wilayah Crimea itu milik Ukraine tetapi ia kini diduduki oleh tentera Russia yang menawannya sejak tahun 2014.

Sejak kebelakangan ini, tentera Russia semakin aktif melukis imej-imej pesawat pejuang di beberapa pangkalan udaranya bagi mengelirukan usaha-usaha perisikan oleh pihak Ukraine yang  kerapkali menyerang pangkalan itu menggunakan dron-dron berani mati serta peluru berpandu kruis yang dibekalkan oleh Barat.

Imej satelit yang dikongsi oleh penganalisis OSINT (Open Source Intelligence) @MT_Anderson baru-baru ini menunjukkan bahawa tentera Russia telah melukiskan imej empat buah pesawat pejuang altitude tinggi MiG-31 di pangkalan udara Belbek di Crimea itu.

Tidak pasti sama ada tindakan melukiskan imej-imej pesawat pejuang untuk mengelirukan usaha perisikan oleh musuh benar-benar berkesan.

MiG-31

 

Baru-baru ini, Russia mengumumkan bahawa ia meletakkan empat buah pesawat pejuang altitud tingginya,  MiG-31 di pangkalan udara di Belbek.

Gambar-gambar satelit menunjukkan Tentera Udara Russia telah mula menempatkan pesawat-pesawat pejuang MiG-31 itu sebelum 15 Okt lalu.

Kehadiran pesawat-pesawat MiG-31 itu membimbangkan Ukraine kerana kemampuan pesawat itu membawa peluru berpandu hypersonik “Kinzhal” yang boleh meluncur selaju Mach 10 selepas ia dilancarkan daripada pesawat itu.

Selain kelajuan hypersonic, “Kinzhal” yang boleh dilengkapkan dengan peledak konvesional dan juga nuklear mampu membedil sasaran sejauh 2,000km.

Pihak tentera Ukraine bimbang terhadap kemungkinan pesawat-pesawat MiG-31 dilengkapi dengan peluru berpandu hypersonik “Kinzhal” akan digunakan untuk membedil pusat-pusat penyimpanan peluru berpandu kruis “Storm Shadow”, “SCALP-EG” dan HIMARS terutamanya yang dilengkapi dengan peluru berpandu taktikal, ATACMS.

Lukisan pesawat-pesawat pejuang Russia.

 

Selain itu, Presiden Russia Vladimir Putin turut mengumumkan bahawa pesawat-pesawat pejuang MiG-31 akan dilengkapkan dengan peluru berpandu hypersonik “Kinzhal” ketika melakukan rondaan di Laut Hitam.

Walaupun pesawat-pesawat MiG-31 yang berkemampuan membawa peluru berpandu hypersonik “Kinzhal”  itu ditempatkan di Crimea, namun kerahan pesawat pejuang altitud tinggi itu berkemungkinan sebagai tindak balas terhadap apa yang sedang berlaku di Timur Tengah pada ketika ini.

Dalam satu lagi langkah “luar kotak” oleh tentera Russia untuk memastikan pesawat pengebom strategiknya Tu-95 “Bear” di Pangkalan Udara Engels 2, Saratov di Russia selamat daripada serangan dron-dron Ukraine, mereka telah melukis imej-imej pesawat di landasan pangkalan udara itu.

Lukisan pesawat-pesawat itu berkemungkinan besar sebagai decoy/samaran untuk “mengelirukan” satelit Barat dan dron-dron berani mati pihak Ukraine itu.

Bagaimanapun penganalisis tentera tidak yakin usaha “luar kotak” itu akan berjaya mengeliru pihak tentera Barat kerana satelit-satelit dengan kamera yang memiliki resolusi tinggi dapat membezakan di antara pesawat sebenar dan lukisan.

Tipu-muslihat Russia itu mungkin dapat mengelirukan satelit-satelit yang menggunakan kamera yang resolusi rendah.

Pangkalan Udara Engels, Russia itu telah menjadi sasaran oleh tentera Ukraine yang telah melancarkan serangan dron-dron berani mati beberapa kali terhadap pangkalan udara pesawat pengebom itu.

Bukan sahaja ia menempatkan pesawat pengebom Tu-95, tetapi pangkalan Engels itu menjadi “rumah” kepada pesawat-pesawat pengebom Tu-160 dan Tu-22 yang telah melancarkan ratusan peluru berpandu kruis terhadap sasaran di dalam Ukraine.

Sebelum ini, kaedah “luar kotak” itu menyaksikan tentera Russia menutup beberapa bahagian pesawat pengebomnya Tu-95 di Pangkalan Udara Engels-2 di Wilayah Saratov itu dengan tayar-tayar, sebagaimana yang dapat dilihat daripada imej-imej satelit.

Russia berharap tayar-tayar yang diletakkan di beberapa bahagian pesawat dapat menyerap kesan letupan dron-dron itu. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

 

featuredLandasanLukisPesawatRussiaUkraine
Comments (1)
Add Comment