(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Laut Russia dilapor telah membatalkan rancangannya untuk memoden dan menaiktaraf kapal perang battlecruiser berkuasa nuklear miliknya, “Pyotr Veliky”, yang didakwa oleh negara itu sebagai kapal perang permukaan “terkuat” di dunia.
Kapal perang battlecruiser kelas-Kirov itu mempunyai berat 28,000, menyamai berat kapal-kapal amphibious assault ship milik Jepun, JS Izumo dan JS Kaga yang kini sedang menjalani pengubahsuai untuk menjadikannya kapal pengangkut pesawat mini.
Dengan persaraan kapal “Pyoyr Veliky”, tentera laut Russia akan hanya memiliki sebuah kapal battlecruiser kelas-Kirov iaitu “Admiral Nakhimov” yang kini sedang dinaiktaraf dan dimodenkan di limbungan kapal negara itu.
Kapal “Admiral Nakhimov” yang mula dinaiktaraf pada 1999, dijangka kembali ke lautan pada 2025-2026 selepas ujian di lautan dan apabila ia mula beroperasi kelak, kapal “Pyotr Veliky” akan dibersarakan dan berkemungkinan besar dihantar ke Boneyard, yang merujuk kepada kawasan pelupusan aset-aset ketenteraan.
Pada berat 28,000 tan, kedua-dua kapal battlecruiser kelas-Kirov iaitu “Pyotr Veliky” dan “Admiral Nakhimov” Tentera Laut Russia merupakan kapal perang permukaaan terbesar di dunia, selain daripada kapal pengangkut pesawat atau amphibious assault ship.
Kapal-kapal perang permukaan seperti destroyer Amerika Syarikat kelas-Arleigh Burke adalah seberat lebih daripada 7,000 tan manakala berat kapal cruiser kelas-Ticonderoga pula adalah lebih daripada 9,000 tan.
Kapal destroyer Type 055 milik Tentera Laut China pula mempunyai berat lebih 11,000 tan.
Ketika di zaman Kesatuan Soviet, pemerintah komunis pada ketika telah membina empat buah kapal battlecruiser kelas-Kirov dengan”Pyotr Veliky” adalah paling baru ditauliah pada 1989 manakala “Admiral Nakhimov” setahun sebelum itu.
Selepas kejatuhan Soviet Union, dua buah kapal battlecruiser kelas-Kirov telah dibiarkan “mereput” di pangkalannya disebabkan tiada peruntukan untuk mengoperasikannya, meninggalkan hanya “Pyotr Veliky” dan “Admiral Nakhimov” daripada kelas gergasi itu yang masih beroperasi.
Berikutan keputusan terbaru itu, Russia akan hanya mempunyai sebuah kapal perang battlecruiser di dalam armadanya.
Tindakan terbaru Tentera Laut Russia itu adalah selari dengan langkahnya yang mahu mengurangkan bilangan kapal-kapal perang “gergasi” yang diwarisinya daripada zaman Kesatuan Soviet, yang bukan sahaja sukar untuk dioperasi tetapi adalah amat mahal untuk memastikannya terus berada di lautan.
Sebaliknya, Tentera Laut Russia kini dilihat lebih banyak membina kapal-kapal perang seperti friget dan korvet.
Dengan kemajuan teknologi, kapal-kapal seperti friget dan korvet berkemampuan membawa pelbagai jenis sistem persenjataan seperti peluru berpandu hypersonik “Tsirkon” dan juga peluru berpandu kruise “Kalibr” yang boleh membedil sasaran musuh Russia daripada jarak ribuan kilometer.
Tentera Laut Russia juga dilihat memperkuatkan armada kapal selamnya, menjadikan platform itu “lebih berbahaya” untuk musuh-musuhnya.
Spesifikasi Teknikal Kapal Penjelajah Pyotr Velikiy (Rusia):
Dimensi dan Berat:
-
Panjang: 252 meter
-
Lebar: 28.5 meter
-
Draft (Kedalaman): 9.1 meter
-
Berat: 24,300 tan (standard), 28,000 tan (penuh muatan)
Sistem Propulsi:
-
Jenis: Dua reaktor nuklear KN-3 yang menggerakkan dua turbin stim GT3A-688
-
Kuasa: 140,000 kuasa kuda
-
Kelajuan Maksimum: 32 knot (59 km/j)
-
Jarak Operasi: Tidak terhad dengan tenaga nuklear pada kelajuan 20 knot (37 km/j); 1,000 batu nautika (1,850 km) pada 30 knot (56 km/j) dengan propulsi gabungan
Krew:
-
Jumlah: 727 anggota
-
Krew Udara: 18 anggota
-
Staf Komando: 15 anggota
Sistem Sensor dan Pengesanan:
-
Radar Pencarian 3D Voskhod MR-800 (Top Pair)
-
Radar Pencarian 3D Fregat MR-710 (Top Plate)
-
Radar Navigasi Palm Frond
-
Sonar Horse Jaw LF dan Horse Tail VDS (Variable Depth Sonar)
Persenjataan:
-
20 peluru berpandu anti-kapal P-700 Granit (SS-N-19 Shipwreck)
-
64 peluru berpandu permukaan-ke-udara 3K95 Kinzhal (SA-N-9 Gauntlet)
-
48 peluru berpandu permukaan-ke-udara S-300FM Fort-M (SA-N-20 Gargoyle)
-
48 peluru berpandu permukaan-ke-udara S-300F Fort (SA-N-6 Grumble)
-
2 pelancar roket anti-kapal selam RBU-1000 (Smerch-3) 305 mm
-
2 pelancar roket anti-kapal selam RBU-12000 (Udav-1) 254 mm
-
1 meriam berkembar AK-130 130 mm/L70
-
10 tiub torpedo 533 mm untuk torpedo Tipe 53 atau peluru berpandu anti-kapal selam SS-N-15
-
6 sistem pertahanan titik Kashtan (CADS-N-1)
Perlindungan:
-
Perisai keluli 76 mm di sekitar kompartmen reaktor
-
Perlindungan ringan terhadap serpihan peluru
Keupayaan Udara:
-
Hangar di bawah dek untuk 3 helikopter Kamov Ka-27 “Helix” atau Ka-25 “Hormone”