Untuk Jadi “Kuasa Maritim”, Russia Mahu Su-57 Varian Tentera Laut

Moscow mahukan pesawat-pesawat pejuang generasi ke-lima berkhidmat daripada atas dek penerbangannya kapal perang itu, sebagaimana dilakukan oleh Amerika Syarikat menerusi pesawat F-35B dan F-35C yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat pembuat pesawat Russia, United Aircraft Corporation (UAC) bercadang membangunkan varian pesawat pejuang Su-57 “Felon” yang akan berkhidmat di atas kapal-kapal pengangkut pesawat tentera laut negara itu,  sebagaimana varian pesawat-pesawat F-35B dan F-35C Amerika Syarikat.  

Ia disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif UAC Yury Slusar.

Russia menerusi Doktrin Maritim yang dilancarkannya bulan lepas mahu menjadikan negara itu kuasa laut utama dunia dengan membina lebih banyak kapal pengangkut pesawat dan kapal-kapal perang permukaan yang besar dan berkuasa.

Selain itu, Presiden Russia Vladimir Putin juga mahukan kapal-kapal perang yang akan dibinanya itu dilengkapi dengan peluru-peluru berpandu Hypersonik, “Tsirkon” (Zircon).

Selain pembinaan lebih banyak kapal pengangkut pesawat dan kapal-kapal perang, Russia menerusi Doktrin Maritim yang baru itu juga mahu membina lebih banyak pangkalan laut tetap di seluruh dunia terutamanya di rantau Timur Tengah.

Dengan jangkaan penambahan bilangan kapal pengangkut pesawat,  Russia juga memerlukan pesawat-pesawat pejuang baru berteknologi tinggi untuk berkhidmat daripada kapal-kapal pengangkut pesawat tersebut.

Dan Moscow mahukan pesawat-pesawat pejuang generasi ke-lima berkhidmat daripada atas dek penerbangannya kapal perang itu, sebagaimana dilakukan oleh Amerika Syarikat menerusi pesawat F-35B dan F-35C yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin.

Sebuah pesawat F-35B Kor Marin Amerika Syarikat mendarat atas kapal JS Izumo,

 

China juga bercadang mengoperasikan pesawat generasi kelima, J-31 (FC-31) daripada kapal-kapal pengangkut pesawatnya.

“Kerja-kerja yang dilakukan terhadap pesawat Su-57 itu mampu menyelesaikan tugasan Pasukan Udara Tentera Laut Russia di dalam tempoh terdekat,” kata ketua pegawai eksekutif syarikat UAC yang membangunkan pesawat pejuang generasi kelima, Su-57 itu.

Tentera Russia menjangkakan ia akan memiliki 76 buah pesawat Su-57 yang akan beroperasi daripada landasan konvensional pada tahun 2026.

Pesawat FC-31 untuk operasi kapal pengangkut pesawat China ke-4.

 

Pembangunan pesawat generasi kelima Russia itu berjalan amat “perlahan”.

Pesawat Su-57 buatan Russia itu telah melakukan penerbangan sulung 2010, tetapi pembuatan berlesen pesawat itu (license production) hanya berlaku 10 tahun selepas itu.

Pada ketika ini, Tentera Laut Russia hanya memiliki sebuah kapal pengangkut pesawat iaitu “Admiral Kuznetsov” yang masih menjalani kerja-kerja pembaikan di sebuah limbungan kapal di Murmansk yang telah bermula sejak tahun 2015.

Kapal pengangkut pesawat tunggal Russia itu hanya dijangka kembali kepada tugas-tugas aktif pada tahun 2024, selepas tertangguh selama dua tahun akibat kebakaran yang terjadi di atas kapal itu pada 2018.

TEKAN UNTUK MUAT-TURUN APLIKASI DEFENCE  SECURITY ASIA:  

Adalah amat menakjubkan bahawa Russia yang merupakan kuasa tentera dunia hanya memiliki sebuah kapal pengangkut pesawat iaitu “Admiral Kuznetsov” berbanding 11 buah kapal pengangkut pesawat yang dimiliki oleh Amerika Syarikat.

China juga menjangkakan ia akan memiliki lima buah kapal pengangkut pesawat menjelang tahun 2030. — DSA

 

Jom folow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

featuredKapalmaritimRussiaSU-57
Comments (0)
Add Comment