Qatar Tambah 12 buah Lagi Pesawat Pejuang Eurofighter Typhoon Bernilai RM32 Billion

Perolehan 12 buah pesawat pejuang bernilai GBP 2.8 billion (RM11.29 billion) ini merupakan sebahagian daripada pelaburan Qatar yang lebih luas untuk meningkatkan keupayaan pertahanan dan memperkukuhkan hubungan dengan United Kingdom.
(DEFENCE SECURITY ASIA) — Qatar mengesahkan hasratnya untuk memperoleh 12 buah lagi pesawat pejuang Eurofighter Typhoon, bagi menambah perolehan 24 pesawat pejuang sama yang diperolehinya pada 2017 bernilai GBP 5.6 billion (RM32 billion).
Perolehan 12 buah pesawat pejuang bernilai GBP 2.8 billion (RM11.29 billion) ini merupakan sebahagian daripada pelaburan Qatar yang lebih luas untuk meningkatkan keupayaan pertahanan dan memperkukuhkan hubungan dengan United Kingdom.
Pesawat pejuang Eurofighter Typhoon itu dibangunkan oleh konsortium empat buah negara, Jerman, United Kingdom, Sepanyol dan Itali.
Hasrat untuk memperolehi pesawat pejuang tambahan Eurofighter Typhoon buatan Britain itu diumumkan selepas lawatan Emir Qatar ke United Kingdom, di mana beliau bertemu dengan Perdana Menteri Britain, Keir Starmer.
Selain itu, Qatar secara rasmi mengumumkan kesinambungan kerjasama antara Tentera Udara Qatar dan Royal Air Force (RAF) dalam latihan bersama sebagai sebahagian daripada skuadron British serta sokongan terhadap program Eurofighter sehingga selepas tahun 2030.
Negara Timur Tengah itu dilaporkan telah pun menerima 22 daripada 24 buah pesawat pejuang Eurofighter yang dibelinya pada 2017, dengan dua buah pesawat pejuang terakhir itu bakal diterimanya pada tahun depan.

RINGKASAN:

Qatar mengesahkan hasrat untuk memperoleh 12 pesawat pejuang Eurofighter Typhoon tambahan bernilai GBP 2.8 bilion (RM11.29 bilion) sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan keupayaan pertahanan dan hubungan dengan United Kingdom. Ini melengkapkan pembelian sebelumnya sebanyak 24 pesawat pada 2017 bernilai GBP 5.6 bilion (RM32 bilion).

Kesemua pesawat Typhoon dibangunkan oleh konsortium Jerman, UK, Sepanyol, dan Itali, dan dibina di kemudahan BAE Systems di Wharton, UK. Qatar juga mengumumkan kerjasama jangka panjang dengan Royal Air Force (RAF) dalam latihan bersama dan sokongan terhadap program Eurofighter sehingga selepas 2030.

Qatar kini mengoperasikan pelbagai jenis pesawat tempur, termasuk Dassault Rafale dan Boeing F-15QA Ababil, dengan rencana menambah pesawat baru. Pesawat Typhoon akan dimasukkan ke dalam Skuadron No. 12, yang dikendalikan bersama oleh Tentera Udara Qatar dan RAF.

Dalam perkembangan lain, Turkiye sedang berunding untuk memperoleh 40 pesawat Eurofighter Typhoon varian “Tranche 4” selepas Jerman menarik balik bantahannya terhadap penjualan itu. Pesawat terkini ini, dilengkapi radar AESA “CAPTOR E,” dianggarkan mampu berkhidmat sehingga 2060. Turkiye melihat pembelian ini sebagai langkah strategik untuk memperkukuh keupayaan tenteranya.

Kesemua pesawat pejuang itu dibina di kemudahan milik syarikat BAE System di Wharton dan pesanan terbaru 12 buah Eurofighter Typhoon itu akan mengekalkan pekerjaan bagi warga tempatan di Wharton itu.
Tentera Udara Qatar mengoperasikan pelbagai jenis pesawat pejuang termasuk 36 Rafale DQ/EQ buatan syarikat Dassault Aviation daripada Perancis dna  48 buah pesawat pejuang Boeing F-15QA Ababil, dengan cadangan untuk untuk menambah 36 buah lagi.
Integrasi pesawat pejuang Eurofighter Typhoon ke dalam Skuadron No. 12, yang dikendalikan bersama oleh Tentera Udara Qatar dan RAF, menekankan peranan strategiknya dalam memperkukuhkan kerjasama ketenteraan dua hala.
Selain Qatar, yang bercadang untuk memperolehi 12 pesawat tambahan Eurofighter Typhoon, rundingan juga sedang dijalankan dengan Turkiye, yang merancang untuk membeli 40 pesawat pejuang terbabit.
Turkiye telah lama menaruh minat untuk memperolehi pesawat pejuang Eurofighter Typhoon itu untuk meningkatkan lagi kemampuan tentera udaranya, tetapi hasratnya itu telah dihalang oleh Jerman.
Menteri Pertahanan Turkiye Yasar Guler mengumumkan bahawa Jerman telah memberi lampu hijau kepada penjualan 40 buah pesawat pejuang Eurofighter Typhoon kepada negara Mediterranean.
Dengan pengumuman itu, Jerman telah mengugurkan bantahannya terhadap cadangan perolehan pesawat pejuang Eurofighter Typhoon oleh Turkiye.
Bercakap kepada stesen televisyen TV100, Guler berkata kerajaan Jerman pada mulanya membantah penjualan pesawat pejuang terbabit kepada Turkiye tetapi akhirnya bersetuju selepas didesak oleh negara-negara Eropah yang membangunkan Eurofighter Typhoon.
“Kami akan membeli 40 buah pesawat pejuang Eurofighter Typhoon. Jerman telah membantah penjualan itu untuk suatu jangka masa yang lama tetapi akhirnya bersetuju selepas rakan-rakan NATO seperti Itali, United Kingdom dan Sepanyol mendesak, akhirnya Jerman bersetuju,” kata Menteri Pertahanan Turkiye itu.
Turkiye telah lama menaruh minat untuk memperolehi pesawat pejuang Eurofighter Typhoon itu untuk meningkatkan lagi kemampuan tentera udaranya, tetapi hasratnya itu telah dihalang oleh Jerman.

Jerman turut dikatakan enggan meluluskan penjualan pesawat pejuang Eurofighter Typhoon itu kepada Turkiye kerana “bengang” dengan kritikan-kritikan keras negara Mediterranean itu terhadap tindakan ketenteraan Israel di Semenanjung Gaza.
Pada November tahun lepas, Turkiye menyatakan bahawa ia telah memulakan perbincangan dengan negara-negara konsortium pembuat pesawat Eurofighter Typhoon terutamanya Britain untuk memperolehi 40 buah varian terkini pesawat pejuang Eurofighter Typhoon dikenali dengan nama “Tranche 4.”
Turkiye mahu memperolehi varian terkini pesawat pejuang Eurofighter Typhoon iaitu “Tranche 4.”
Dilengkapi dengan radar AESA “CAPTOR E”, Eurofighter Typhoon Tranche 4 dikatakan adalah varian pesawat pejuang termoden Eropah yang boleh berkhidmat sehingga ke tahun 2060. 
Jerman dikatakan telah memesan 38 buah pesawat pejuang Typhoon Tranche 4. — DSA

 

 

BAEEurofighter TyphoonfeaturedQatar
Comments (0)
Add Comment