“Korea GPS Guided Bomb” Pilihan Pengguna Pesawat FA-50

Dengan pemasangan kit Korea GPS Guided Bomb (KGGB) pada bom Mk-82 akan membolehkan bom tidak berpanduan itu bertukar kepada bom panduan, dengan kemampuan membedil sasaran sejauh 103km.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pesawat pejuang ringan FA-50PL yang bakal dimiliki oleh Tentera Udara Poland akan turut dilengkapkan dengan “Korea GPS Guided Bomb” (KGGB) yang merupakan kit panduan glide udara-ke-darat yang dipasang pada bom general purpose Mk-82.

Kit itu telah dibangun oleh Agency for Defense Development dan syarikat Korea Selatan LIG Nex1.

Dengan pemasangan kit KGGB pada bom Mk-82 akan membolehkan ia bertukar kepada bom panduan untuk membedil sasaran sejauh 103km.

Poland menandatangani perjanjian dengan syarikat Korea Selatan, Korea Aerospace Industries (KAI) pada tahun lepas untuk memperolehi sejumlah 48 buah pesawat pejuang ringan FA-50 dalam dua varian iaitu 12 buah FA-50 Block 10 dan 36 buah FA-50PL Block 20.

Perjanjian pembelian 48 buah pesawat FA-50 oleh Poland itu menelan belanja sebanyak US$3 bilion (RM12 bilion), dengan tempoh penghantaran kesemua pesawat pejuang ringan kepada Poland itu adalah sebelum 2028.

Korea GPS Guided Bomb (KGGB)

 

Selain Poland, KGGB turut digunakan oleh Tentera Udara Thailand yang turut menggunakan pesawat FA-50, Tentera Udara Korea Selatan dan juga Tentera Udara Arab Saudi.

Kesemua pesawat FA-50 yang bakal digunakan oleh Poland itu akan dilengkapkan dengan Link-16 Datalink dan juga sistem Identification Friend or Foe (IFF) mengikut standard NATO, selain juga dilengkapi dengan tangki minyak luaran 300 gelen.

Bagi 36 buah FA-50PL Block 20 yang diperolehi oleh Poland akan memiliki kemampuan dipertingkatkan berbanding FA-50 Block 20 daripada segi operasional berikutan peningkatan sistem persenjataannya,jarak operasinya, avionik dan radar, selari dengan keperluan yang digariskan oleh tentera udara negara Eropah Timur itu.

Menurut pegawai tinggi Tentera Udara Poland Lt. Col. Krzysztof Płatek berkata, pesawat FA-50PL Block 20 itu akan dilengkapi radar AESA (Active Electonically Scanned Array), sistem mengisi minyak di udara, Sniper Targeting Pod dan peluru berpandu udara-ke-udara AIM-120 AMRAAM atau AIM-9X serta Joint Helmet Mounted Cueing System (JHMCS).

Perolehan peluru berpandu udara-ke-udara AIM-120 AMRAAM itu perlu memperolehi kelulusan daripada kongres Amerika Syarikat dan hanya akan diintergrasikan kepada pesawat FA-50PL Poland itu pada akhir penghantaran pesawat itu.

Sebanyak 12 buah pesawat FA-50 Block 10 yang diperolehi oleh Poland itu pula akan dilengkapi dengan peluru berpandu udara-ke-udara AIM-9. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

 

FA-50featuredKGGBPeluru berpanduPoland
Comments (2)
Add Comment