(VIDEO) Adakah Pesawat Pengebom Xian H-20 China Lakukan Penerbangan Sulung Baru-Baru Ini ?

(VIDEO) Penerbangan sulung pesawat pengebom halimunan China, H-20 (sekiranya betul sebagaimana didakwa oleh pemerhati) itu juga berlaku hanya beberapa minggu selepas dua buah pesawat pejuang generasi ke-enam negara itu melakukan penerbangan sulungnya.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Baru-baru ini, telah tersebar beberapa keping gambar dan video di media-media sosial China memaparkan apa yang didakwa oleh pemerhati sebagai penerbangan sulung pesawat pengebom halimunan negara itu dipanggil Xian H-20.
Penerbangan sulung pesawat pengebom halimunan China, H-20 (sekiranya betul sebagaimana didakwa oleh pemerhati) itu juga berlaku hanya beberapa minggu selepas dua buah pesawat pejuang generasi ke-enam negara itu melakukan penerbangan sulungnya.
Dalam beberapa minggu ini, banyak yang telah berlaku di dalam sektor aeroangkasa China.
Lokasi dan tarikh tepat penerbangan sulung pesawat pengebom halimunan China itu melakukan penerbangan sulungnya tidak dapat dipastikan, malah pihak berkuasa Beijing tidak pernah membuat kenyataan rasmi tentang gambar-gambar dan video yang memaparkan apa yang didakwa adalah H-20.
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat juga baru-baru ini meramalkan bahawa pesawat pengebom halimuman China itu hanya dijangka melakukan penerbangan sulungnya seawal pada tahun 2030.
Jika pesawat itu sememangnya adalah pesawat pengebom H-20, China sedang mencatat kemajuan dalam pembangunan pengebom tersebut lebih pantas daripada jangkaan Pentagon.

 

Jika benar pesawat pengebom halimunan China, H-20 itu telah melakukan penerbangan sulungnya sambil diekor oleh pesawat pejuang J-16, maka ia adalah “kejutan” kedua diterima oleh Amerika Syarikat.
“Kejutan” itu berlaku tidak lama selepas penerbangan sulung dua buah pesawat pejuang generasi ke-enam China beberapa minggu lepas.
Menurut pemerhati pertahanan China, pesawat pengebom halimunan H-20 berkeupayaan terbang sejauh lebih 10,000km dan lebih jauh sekiranya dengan aerial refuelling, membolehkan ia menjangkau ke mana-mana lokasi “panas” di seluruh dunia.
“Dengan kemampuan mengisi bahan api di udara, pesawat pengebom halimunan H-20 China itu mampu “menjangkau seluruh dunia,” menurut Pentagon.
Ia dilaporkan berkemampuan membawa sistem persenjataan nuklear dan konvensional termasuk peluru-peluru berpandu serangan darat dan maritim.
Rekabentuk pesawat pengebom halimunan H-20 milik China itu dikatakan menggunakan konsep flying-wing, hampir sama dengan rekabentuk pesawat pengebom B-2 milik Amerika Syarikat.

H-20 ?????
Sejak diumumkan pada 2016, pesawat pengebom halimunan H-20 telah mengalami pembangunan yang mendadak.
Pada Mac 2024, wakil Panglima Tentera Udara China Wang Wei memberikan petanda bahawa pesawat pengebom H-20 itu akan didedahkan kepada umum tidak lama lagi.
Daripada kedudukan strategiknya, kehadiran pesawat pengebom halimunan H-20 itu membolehkan Beijing meluaskan lagi “strike range” melebihi “Second Island Chain” dan mensasarkan pangkalan-pangkalan tentera utama Amerika Syarikat di Indo-Pasaifik seperti Guam dan Hawaii.
 Second Island Chain merujuk kepada rangkaian kepulauan strategik di Lautan Pasifik Barat dari Kepulauan Bonin di Jepun, melalui Kepulauan Mariana (termasuk Guam), hingga ke Kepulauan Caroline di Micronesia.
Ia adalah sebahagian daripada strategi geopolitik dan ketenteraan, terutama dalam konteks kawalan maritim dan kuasa di rantau Asia-Pasifik.
Second Island Chain memainkan peranan penting dalam strategi pertahanan dan keselamatan maritim di rantau Asia-Pasifik, melibatkan kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan China. — DSA

 

 

ChinaH-20HalimunanPesawat PengebomXian
Comments (0)
Add Comment