Pesawat Pejuang JF-17 Pakistan Bakal Dipertingkat Kemampuan Menerusi “OCU” (PFX Alpha)

Peningkatan kemampuan pesawat pejuang JF-17 Thunder milik Tentera Udara Pakistan dibawah OCU, yang juga digelar “PFX Alpha”,  merupakan langkah pertama ke arah program pesawat pejuang masa hadapan dipanggil PFX.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Ketika International Defence Exhibition and Seminar 2024 (IDEAS) yang berlangsung baru-baru ini, Taman Teknologi Sains Aeroangkasa Kebangsaan (NASTP) Tentera Udara Pakistan mendedahkan bahawa pesawat pejuang JF-17 Thunder miliknya itu akan dipertingkatkan kemampuannya menerusi perlaksanaan apa yang dipanggil “Operational Capability Upgrade” (OCU).
Peningkatan kemampuan pesawat pejuang JF-17 Thunder milik Tentera Udara Pakistan dibawah OCU, yang juga digelar “PFX Alpha”,  merupakan langkah pertama ke arah program pesawat pejuang masa hadapan dipanggil PFX.
Pada ketika ini, tujuan utama JF-17 OCU atau “PFX Alpha” adalah untuk menaiktaraf kemampuan radar dan sistem avionik pesawat pejuang JF-17 Tentera Udara Pakistan dan berkemungkinan mengintergrasikannya dengan sistem persenjataan udara-ke-udara dan udara-ke-darat termasuk dengan sistem buatan tempatan seperti “Rasoob 250” dan juga “AZB-81LR.”
Walaupun tujuan utama OCU terhadap pesawat pejuang JF-17 Tentera Udara Pakistan itu adalah untuk menaiktaraf pesawat pejuang itu dengan subsistem terkini, namun media-media pertahanan Pakistan menyatakan ia mungkin mempunyai matlamat lain.
Sasaran lain itu adalah – ia berkemungkinan merupakan usaha Tentera Udara Pakistan untuk berusaha secara sendirian dalam menguruskan pesawat pejuang JF-17 itu yang sebelum ini dibangunkan secara bersama dengan China.
Sejak pesawat pejuang JF-17 itu diperkenalkan ke dalam Tentera Udara Pakistan, telah ada jurang di dalam sasaran kemajuan pesawat pejuang itu dengan kemampuan sebenar industri aeroangkasa negara itu.
Secara asasnya, pesawat pejuang JF-17 itu sepatutnya bebas daripada sebarang kaitan politik dan teknikal – namun – secara realitinya Pakistan masih bergantung kepada China di dalam bidang-bidang kritikal seperti subsistem dan integrasi sistem persenjataan.
Jurang di antara apa yang diimpikan oleh Pakistan dan kemampuan sebenar industri pertahanan tempatan itu semakin jelas ketika Tentera Udara Pakistan sedang menilai pilihan untuk radar Active Electronically Scanned Array (AESA) untuk digunakan pada pesawat pejuang JF-17 milik tentera udara negara itu.
JF-17 “Thunder”
Menurut laporan, sebab utama mengapa Pakistan tidak mampu memilih radar Leonardo Grifo-E adalah kerana Aviation Industry Corporation  (AVIC) daripada China mahupun Leonardo gagal mencapai persetujuan untuk berkongsi source code masing-masing.
Untuk merapatkan jurang ini, Tentera Udara Pakistan mula mengorak langkah dengan mewujudkan kemudahan integrasi untuk menguruskan integrasi subsistem dan sistem persenjataan pesawat pejuang JF-17 oada tahun 2020.
Sejak daripada itu, Tentera Udara Pakistan telah berjaya mengintergrasikan beberapa sistem persenjataan buatan tempatan kepada pesawat pejuang JF-17 termasuk peluru berpandu kruis lancaran udara (ALCM) Raad, bom-bom panduan pintar siri-AZB dan juga pod sasaran ASELPOD yang dibangunkan oleh firma pertahanan Turkiye, ASELSAN.
Kini dengan peningkatan kemampuan pesawat pejuang JF-17 dibawah program OCU atau “PFX Alpha”, Tentera Udara Pakistan bercadang untuk mengintergrasikan lagi sistem buatan tempatan terhadap pesawat pejuang itu daripada segi radar, sistem peperanga elektronik, avionik dan kemungkinan sistem electro-optical bagi menjadikannya pesawat pejuang yang lebih ampuh menerusi pengintergrasian sistem-sistem dibangunkan industri tempatan. — DSA

featuredJF-17OCUPakistan
Comments (0)
Add Comment