(VIDEO) Pesawat Pejuang Generasi Kelima Turkiye “KAAN” Lakukan Penerbangan Sulung

(VIDEO) Penerbangan sulung pesawat pejuang “KAAN” hari ini itu juga memastikan Turkiye menyertai segelintir negara di dunia ini yang berkemampuan membangunkan pesawat pejuang generasi kelima dengan sendirinya.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa jam lalu, pesawat pejuang generasi kelima Turkiye dinamakan “KAAN” telah berjaya melakukan penerbangan sulungnya, sekaligus mencatat satu lagi sejarah pada industri penerbangan dan pertahanan negara Mediterranean.

Penerbangan sulung pesawat pejuang “KAAN” hari ini itu juga memastikan Turkiye menyertai segelintir negara di dunia ini yang berkemampuan membangunkan pesawat pejuang generasi kelima dengan sendirinya.

“KAAN” menyertai pesawat-pesawat generasi kelima yang lain di pasaran pada ketika ini seperti F-22 “Raptor”, F-35 buatan Amerika Syarikat, J-20 “Mighty Dragon” dan J-31 buatan China dan Su-57 “Felon” buatan Russia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Turkish Aerospace Industries (TAI) Prof Temel Kotif berkata pesawat pejuang generasi kelima Turkiye “KAAN” itu berada di udara selama 13 minit dan mencapai kelajuan 230 knots pada ketinggian 8,000 kaki.

Penerbangan sulung itu dilakukan di utara Ankara.

 

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Presiden Recep Tayyep Erdogan dan kesemua rakan sekerja serta keluarga mereka yang telah bekerja keras untuk membangunkan pesawat pejuang KAAN,” kata beliau menerusi akaun media sosial X (dahulu dikenali sebagai Twitter) hari ini.

Syarikat TAI merupakan pihak yang bertanggungjawab membangunkan pesawat pejuang generasi kelima, “KAAN” itu.

Erdogan sebagaimana dilaporkan oleh media negara itu berkata negara Turkiye telah mengalami salah satu hari yang paling membanggakan bagi industry pertahanannya.

“Pesawat pejuang yang dibangunkan oleh industri pertahanan tempatan, KAAN telah berjaya melakukan penerbangan sulungnya hari ini. Turkiye telah berjaya melepasi satu lagi cabaran hebat dalam menghasilkan pesawat pejuang generesai kelima,” kata beliau.  

Negara anggota NATO melancarkan projek pembangunan pesawat pejuang generasi kelima “KAAN” pada 2016.

Sebelum ini, pesawat pejuang generasi kelima “KAAN” itu dijangka melakukan penerbangan sulungnya pada akhir Disember tahun lepas, sebelum dibatalkan pada saat-saat akhir selepas dilakukan siri ujian di darat (ground test) dan ujian taxi (taxi test).

Turkiye mempergiatkan usaha membangunkan pesawat pejuang generasi kelimanya sendiri, selepas ia dikeluarkan daripada program F-35 selepas berkeras meneruskan hasratnya untuk membeli sistem pertahanan udara S-400 “Triumf” buatan Russia.

Sebagai rakan pembangunan program pesawat pejuang F-35, Turkiye telah bersetuju untuk memperolehi 100 buah pesawat pejuang F-35 itu, tetapi, penyertaan Ankara dalam program pesawat pejuang generasi kelima buatan syarikat Lockheed Martin itu ditamatkan berikutan keputusannya membeli sistem pertahanan udara S-400 “Triumf” daripada Russia.

 KAAN sebelum ini hanya dikenali sebagai TF-X atau Milli Muharip Ucak (National Combat Aircraft -MMU).

Hampir 100 peratus pesawat generasi kelima Turkiye itu dibangunkan oleh industri pertahanan negara itu sendiri, kecuali beberapa bahagian pesawat seperti kerusi injal (ejection seat), enjin dan joystick (controller). 

“KAAN”

 

Bagaimanapun ketiga-tiga komponen asing pada pesawat KAAN tu akan digantikan dengan komponen buatan Turkiye apabila pembangunan pesawat itu memasuki fasa lebih maju.

Data-data awal menyatakan bahawa pesawat pejuang “KAAN” itu akan mempunyai Maximum Take-Off Weight (MTOW) 27,200kg  dan mampu mencapai kelajuan maksimum Mach 2.

TAI yang merupakan kontraktor utama bagi program pembangunan pesawat pejuang generasi kelima “KAAN” itu, dilapor akan menyiapkan sejumlah 20 buah pesawat pejuang KAAN Block 10 kepada Tentera Udara Turkiye pada tahun 2028.

Menjelang tahun 2029, TAI dijangka mengeluarkan dua buah pesawat pejuang KAAN setiap bulan, menjana perolehan kira-kira US$2.4 bilion (RM9.6 bilion) setiap tahun.

Pesawat pejuang generasi kelima KAAN itu bakal menggantikan lebih daripada 200 buah pesawat pejuang F-16 milik Tentera Udara Turkiye.

 KAAN sebelum ini hanya dikenali sebagai TF-X atau Milli Muharip Ucak (National Combat Aircraft -MMU). — DSA

(ARTIKEL LAIN TENTANG “KAAN”)

featuredKAANTAITurkiye
Comments (1)
Add Comment