Pesawat Pejuang Gen-5 Russia, Su-57 “Masuki Ruang Udara” Ukraine Untuk Lancar Serangan

Laporan daripada Russia menyatakan bahawa pesawat pejuang generasi kelima negara itu, Su-57 "Felon" telah memasuki ruang udara Ukraine dan melancarkan serangan peluru berpandu KH-59MK terhadap sasaran di negara itu.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pesawat-pesawat pejuang generasi kelima Russia, Su-57 dilaporkan telah mengambil risiko tinggi dengan memasuki ruang udara Ukraine yang dikawal rapi dengan sistem pertahanan udara dibekal oleh negara Barat untuk melancarkan serangan di wilayah Luhansk, Ukraine.

Walaupun maklumat tentang “pembabitan” pesawat pejuang Su-57 itu masih sukar didapati, namun pesawat pejuang terbaru Russia itu dipercayai telah memasuki ruang udara Ukraine ketika melakukan serangan.

Laporan menyatakan bahawa pesawat pejuang telah memasuki ruang udara Ukraine dan melancarkan peluru berpandu KH-59MK terhadap sasaran di negara itu.

Pemerhati ketenteraan menyatakan adalah sesuatu yang “pelik” kerana tiada keperluan bagi pesawat Su-57 itu untuk memasuki ruang udara Ukraine kerana peluru berpandu KH-59MK boleh membedil sasaran sejauh 300km.

Dilengkapi dengan peluru berpandu KH-59MK, pesawat pejuang Su-57 itu boleh membedil sasaran di Ukraine itu walaupun ia sedang berada jauh di dalam wilayah Russia.

Peluru berpandu serangan darat “KH-59Mk2”

 

Sumber-sumber Ukraine mengesahkan kepada media pertahanan bahawa peluru-peluru berpandu KH-59MK telah digunakan dalam bedilan-bedilan di Ukraine pada 7 dan 8hb Februari.

Sebelum ini, laporan menyatakan bahawa Russia hanya menggunakan pesawat-pesawat pejuang terbarunya itu, Su-57 untuk misi-misi jarak jauh tanpa perlu memasuki ruang udara Ukraine.

Analisis yang dilakukan oleh Kementerian Pertahanan United Kingdom menunjukkan adalah hampir pasti bahawa Russia telah menggunakan pesawat pejuang generasi kelimanya, Su-57 untuk kempen ketenteraannya di Ukraine,walaupun untuk misi-misi “jarak jauh.”

Dalam laporan dipanggil “Defense Intelligence Update”, Kementerian Pertahanan UK yang memetik maklumat oleh sumber-sumber yang enggan didedahkannya berkata pesawat Su-57 “Felon” itu telah dikerah ke Ukraine bermula seawal June 2022 untuk melaksanakan misi-misi khasnya.

Walaupun Kementerian Pertahanan UK itu mendakwa pesawat Su-57 dikerah pada June 2022, namun agensi berita Russia, TASS dimaklumkan oleh sumbet industri pertahanan negara itu bahawa pesawat tercanggih negara itu telah beraksi di Ukraine hanya beberapa minggu selepas Moscow menceroboh negara jirannya itu pada Februari 2022.

“Misi-misi yang dilaksanakan oleh Su-57 berkemungkinan terhad kepada penerbangan di dalam wilayah Russia itu sendiri dan melancarkan peluru-peluru berpandu udara-ke-darat dan udara-ke-udara jarak jauh terhadap sasaran di dalam Ukraine,” menurut Kementerian Pertahanan UK.

Menurut Kementerian Pertahanan UK lagi, pesawat-pesawat Su-57 yang terlibat dalam kempen ketenteraan di Ukraine dipercayai berpengkalan di Pangkalan Udara Russia di Akhtubinks berhampiran Astrakhan di selatan Russia, yang juga merupakan “rumah” untuk Pusat Ujian Penerbangan ke-929.

Peluru berpandu KH-59Mk2 itu dilengkapkan dengan kepala peledak penetrator seberat 320kg, malah usaha sedang dijalankan oleh pihak Russia untuk melengkapkannya dengan kepala peledak yang lebih berkuasa dan mampu membedil kawasan yang lebih luas.

Disebabkan kelajuan yang subsonic, peluru berpandu udara-ke-darat KH-59Mk2 mampu menjelajah lebih jauh walaupun saiznya yang lebih kecil.

Pihak tentera udara Russia menguji peluru berpandu udara-ke-darat KH-59Mk2 itu di medan-medan peperangan seperti Ukraine dan Syria.

Selain itu, pesawat pejuang Su-57 juga dilengkapi dengan peluru berpandu anti-radiasi Kh-58UShKE untuk memusnahkan pusat-pusat komunikasi dan radar musuh serta sistem pertahanan udara mereka. — DSA

(LAGI BERITA TENTANG SU-57)

featuredRussiaSU-57Ukraine
Comments (1)
Add Comment