Pesawat TUDM Tiba di Darwin Untuk Sertai Eksesais Pitch Black 2024

Tiga buah pesawat tempur F/A-18D Hornet dan sebuah pesawat angkut A400M bersama-sama  37 pegawai dan 66 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah tiba di Darwin menyertai Eksesais Pitch Black 2024.

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Kontinjen Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah selamat tiba di Darwin Australia hari ini.

Tiga buah pesawat tempur F/A-18D Hornet dan sebuah pesawat angkut A400M bersama-sama  37 pegawai dan 66 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah tiba di Darwin menyertai Eksesais Pitch Black 2024.

Eksesais Pitch Black akan berlangsung di Pangkalan Udara Royal Australia Air Force Darwin, Tindal dan Amberley daripada 12 Julai sehingga 2 Ogos 2024.

Eksesais Pitch Black merupakan eksesais pertempuran udara utama dan terbesar yang diadakan dua tahun sekali oleh Australia melibatkan pelbagai negara.

TUDM telah menyertai eksesais ini sebanyak tiga kali bermula pada tahun 2008, 2018 dan 2022.

Pesawat F/A-18D Hormet TUDM digelar “Pikachu” tiba di Darwin untuk Eksesais Pitch Black 2024. (LACW Maddison Scott)

 

Walau bagaimanapun, pada tahun 2022, ianya hanya melibatkan penyertaan anggota tanpa apa-apa aset.

Pada tahun ini merupakan penyertaan TUDM buat kali keempat.

Penglibatan TUDM bagi eksesais ini terdiri daripada 37 pegawai dan 66 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dengan tiga buah pesawat tempur F/A-18 D Hornet bersama sebuah pesawat angkut A400M.

Kontinjen TUDM akan diketuai oleh Kolonel Hasfa Nyzam bin Abdul Hamid TUDM selaku Ketua Delegasi. 

Edisi eksesais kali ini akan menjadi penganjuran terbesar sepanjang 43 tahun dilaksanakan dimana akan disertai oleh 20 buah negara melibatkan 140 buah pesawat pelbagai varian dengan kehadiran kira-kira 4,435 orang penyertaan anggota.

Pesawat pengangjut A400M mlik TUDM (kredit LACW Maddison Scott)
Anggota kontinjen TUDM pada Eksesais Pitch Black 2024 di Darwin, Australia (LACW Maddison Scott)

 

Antara negara-negara yang akan menyertai Pitch Black 2024 ialah Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Sepanyol, Itali, Kanada, New Zealand, Fiji, Korea, Jepun, Singapura, Filipina, India, Thailand, Indonesia, Brunei dan beberapa lagi negara.

Semasa eksesais ini, TUDM akan terlibat dalam latihan Force Integration Phase (Latihan pertempuran udara iaitu Basic Fighter Maneuvers (BFM), Air Combat Tactic (Latihan pertempuran udara melalui konsep Beyond Visual Range).

TUDM juga akan terlibat dengan Large Force Employment Phase (Menggabungkan semua aset pejuang, Multi Role Transport Tanker dan Command and Control (C2) melaksanakan Integrated Air Operation) dan Air to Air Refueling.

Ketibaan pesawat-pesawat pejuang F-16 Tentera Udara Singapura di Darwin untuk menyertai Eksesais Pitch Black 2024.

 

Pembabitan TUDM dalam eksesais berskala besar ini secara tidak langsung memberikan pengetahuan baru kepada anak kapal dan krew pesawat yang terlibat dari segi perancangan dan pelaksanaan eksesais yang penuh mencabar.

Eksesais ini juga menyumbang kepada peningkatan tahap kesiagaan operasi, kebolehkendalian (Interoperability) aset-aset strategik milik TUDM, penguasaan taktik peperangan udara selain meningkatkan kapasiti dan kemahiran pegawai dan anggota TUDM yang terlibat.  — DSA

EksesaisfeaturedPitch BlackTUDM
Comments (0)
Add Comment