Penyelidik Singapura Temui Kapal Lama Bersama Muatan Berharganya Di Dasar Perairan Pulau Batu Puteh

Ya, Pulau Batu Puteh yang kini menjadi hak Singapura. (Singapura memanggil Pulau Batu Puteh sebagai "Pedra Branca).

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Penyelam-penyelam dan ahli arkeologi marin Singapura telah berjaya menemui dua buah kapal lama yang dianggarkan berusia berusia ratusan tahun lamanya bersama-sama muatan berharganya di dasar perairan Pulau Batu Puteh, berhampiran perairan Johor.

Ya, Pulau Batu Puteh yang kini menjadi hak Singapura. (Singapura memanggil Pulau Batu Puteh sebagai “Pedra Branca).

Pada 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda memutuskan bahawa Pulau Batu Puteh itu milik Singapura walaupun pulau itu hanya terletak 7.7 batu nautika daripada Johor berbanding 25 batu nautika daripada Singapura.

Jika Pulau Batu Puteh itu adalah hak kita, maka sudah pasti tinggalan kapal-kapal lama itu itu juga adalah milik kita, dengan syarat kita mampu mengesan kapal itu di dasar lautan.

ICJ menyerahkan Batuan Tengah (Middle Rocks) kepada Malaysia manakala South Ledge (Tubir Selatan) masih dirundingi.

Gambar kredit ISEAS-Yusof Ishak Institute/Strait Times

 

Sebenarnya, penyelam dan ahli arkeologi Singapura menurut akhbar Strait Times Singapore, telah menemui bangkai kapal pertama pada 2016 dan manakala penemuan kapal kedua berlaku pada 2019.

Ok berbalik tentang muatan kedua-buah kapal lama itu — satu daripada kapal itu berusia kurun ke-14 dan satu lagi berusia kurun ke-18 — penyelidik berjaya menemui pelbagai barangan yang bernilai termasuk porselin, seramik dan lain-lain barangan yang bersejarah.

Kebanyakkan barangan bersejarah yang ditemui itu diperbuat pada kurun ke-14 ketika Singapura masih lagi dikenali sebagai Temasik.

Satu daripada kapal lama itu dikenali dengan nama “Shah Munchah” yang karam berhampiran Pulau Batu Puteh itu pada tahun 1796 ketika dalam pelayaran pulang ke India daripada India.

Identiti sebuah lagi kapal berusia kurun ke-14 itu tidak dapat dikenalpasti.

Menurut akhbar Strait Times Singapore, cadangan adalah untuk mempamerkan barangan-barangan berharga yang ditemui dalam kedua-dua kapal lama itu di museum di Singapura pada akhir tahun ini untuk tatapan orang ramai.

Kawasan perairan sekitar Pulau Batu Puteh sejak dahulu lagi sememangnya dikenali sebagai kawasan yang berbahaya untuk pelayaran dan banyak kapal-kapal dagang telah karam kemungkinan akibat kewujudan batuan-batuan di laluan itu.

Pihak berkuasa Singapura akan terus berusaha untuk mencari lebih banyak tinggalan kapal-kapal lama daripada dasar perairan berhampiran Pulau Batu Puteh kerana dipercayai memang banyak kapal yang karam di kawasan itu.

Banyak harta karun di dasar perairan itu.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

 

ISEAS-Yusof Ishak InstitutePedra BrancaPulau Batu PutehSingapura