Pembangunan Pesawat Pejuang Gen-5 Kedua Russia, Su-75 “Checkmate” Di Peringkat Akhir

United Aircraft Corporation (UAC) mengesahkan bahawa pembangunan pesawat pejuang generasi kelima halimunan, Sukhoi Su-75 “Checkmate” kini berada pada peringkat akhir dan UAC juga mendedahkan rancangan untuk mengeksport pesawat tersebut ke pasaran antarabangsa, termasuk India.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pesawat pejuang  Su-75 “Checkmate” merupakan jawapan Rusia terhadap dominasi teknologi pesawat pejuang halimunan generasi kelima oleh Amerika Syarikat.
Firma pembuat pesawat pejuang terkenal Russia, Sukhoi memasarkan “Checkmate” sebagai alternatif yang lebih kos efektif berbanding pesawat pejuang halimunan Barat, menggabungkan keupayaan canggih dengan harga yang lebih mampu milik.
Semasa Airshow China 2024 di Zhuhai yang berlangsung baru-baru ini, pesawat pejuang generasi kelima Rusia, Sukhoi Su-57 “Felon” telah diterbangkan oleh juruterbang ujian terkenalnya (test pilot), Sergey Bogdan telah memukau penonton dengan aksi udara yang mengagumkan.
Dengan teknologi halimunan yang menjadikannya hampir tidak dapat dikesan radar, pesawat pejuang generasi kelima Russia itu yang telah mula beroperasi di dalam Tentera Udara Russia termasuk di Ukraine, sukar dipintas oleh musuh oleh pesawat-pesawat dan sistem pertahanan udara musuh.
Berdasarkan kejayaan ini, Rusia mengumumkan usaha telah dipercepatkan untuk membangunkan jet pejuang halimunan baharunya, Sukhoi Su-75 yang lebih kos effektif dengan pasaran antarabangsa menjadi tumpuan dan fokus.
United Aircraft Corporation (UAC) mengesahkan bahawa pembangunan Sukhoi Su-75 “Checkmate” kini berada pada peringkat akhir.

Syarikat itu juga mendedahkan rancangan untuk mengeksport pesawat tersebut ke pasaran antarabangsa, termasuk India.
Menurut agensi berita Rusia TASS, Sergei Korotkov, pegawai kanan United Aircraft Corporation, menyifatkan Su-75 sebagai jet pejuang generasi kelima enjin tunggal dengan tahap pembangunannya hampir selesai.
“Pembangunan pesawat pejuang taktikal ringan generasi kelima Su-75 Checkmate telah mencapai tahap yang baik, membolehkan perkembangan lanjut program ini dianggap menjanjikan. Masa depan pesawat ini dapat dilihat dengan penuh optimisme, kata Sergei Korotkov, pereka utama dan timbalan pengarah UAC kepada RIA Novosti.
Korotkov turut menyatakan bahawa ramai pembeli antarabangsa sedang mempertimbangkan pesawat ini, dengan menekankan permintaan pasaran yang tinggi terhadap jet pejuang tersebut.
Beliau menambah bahawa “proses pembangunan sedang berjalan dengan lancar.”
Pada awal September 2024, Alexander Mikheev, Ketua Pengarah Rosoboronexport, menyatakan di Pameran Udara Antarabangsa Mesir bahawa beberapa negara di Timur Tengah dan Afrika berminat terhadap pesawat pejuang Checkmate.

Beliau memberitahu RIA Novosti bahawa rakan kongsi yang berminat telah diberikan cadangan berkaitan projek tersebut.
Su-75 pertama kali diperkenalkan pada Pameran Udara MAKS-2021 di Rusia. Pesawat halimunan ringan ini direka untuk memenuhi keperluan pertempuran moden yang semakin kompleks.
Su-75 Checkmate adalah tindak balas Rusia terhadap dominasi teknologi stealth Amerika Syarikat.
“Pesawat pejuang Checkmate boleh dibina mengikut beberapa varian iaitu satu tempat duduk, dua tempat duduk serta varian tanpa pemandu,” menurut maklumat tentang spesifikasi pesawat terbabit yang dikeluarkan pada Dubai Airshow itu.
ROSTEC dijangka akan mula membina pesawat-pesawat Su-57 “Checkmate” itu bermula pada tahun 2026.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ROSTEC Sergey Chemezov dalam satu kenyataan berkata, pesawat “Checkmate” menggabungkan “low visibility” dan peralatan/sistem terbaik, ia adalah pesawat yang paling sesuai daripada segi keberkesanan kombat dan kos (untuk setiap jam penerbangan).
Sukhoi mempromosikan Checkmate sebagai alternatif kos efektif kepada pesawat stealth Barat, menggabungkan kemampuan tinggi dengan harga yang kompetitif.
Sebagai pesawat stealth pelbagai peranan generasi kelima, Su-75 menawarkan spesifikasi cemerlang:
  • Kelajuan maksimum: Lebih kurang Mach 1.8
  • Jarak operasi: 1,864 batu
  • Ketinggian operasi maksimum: 54,100 kaki
  • Muatan senjata: Sehingga 7.4 tan, termasuk peluru berpandu udara-ke-udara dan udara-ke-darat yang disimpan di ruang dalaman untuk mengekalkan stealth, serupa dengan F-22 Raptor Amerika.
Su-75 juga dilengkapi dengan teknologi moden seperti:
  • Sistem dipertingkatkan AI untuk membantu juruterbang
  • Avionik canggih
  • Keupayaan peperangan berpusatkan rangkaian untuk operasi bersepadu
Salah satu ciri paling menonjol Su-75 ialah harganya. Dengan kos dianggarkan antara $30 juta hingga $35 juta seunit, pesawat ini jauh lebih murah berbanding jet stealth Amerika. Sebagai perbandingan:
  • F-35 Lightning II berharga antara $82.5 juta hingga $102.1 juta, bergantung kepada model.
  • F-22A Raptor, walaupun tidak tersedia untuk eksport, jauh lebih mahal.
Pada tahun 2021, Su-75 Checkmate pertama kali dipamerkan di Dubai,  Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Kenyataan terkini Sergei Korotkov muncul tidak lama selepas agensi eksport pertahanan Rusia, Rosoboronexport, mengumumkan ia telah memperoleh pelanggan antarabangsa pertama untuk jet pejuang Su-57.
Laporan mencadangkan pelanggan tersebut mungkin Algeria.
Dengan kombinasi Su-57 dan Su-75, Rusia bertekad untuk  menyaingi keupayaan pesawat pejuang halimunan Amerika Syarikat dan China.
Konflik Ukraine yang sedang berlangsung telah mendorong Rusia mempercepatkan pembangunan Su-75. – DSA

 

CheckmatefeaturedRussiaSu-75
Comments (1)
Add Comment