Russia Bangunkan Pangkalan Khusus Uji Pengebom Halimunan Terbarunya “PAK DA”

Pengumuman oleh Russia mengenai permulaan pembinaan kemudahan khusus untuk pembangunan dan pengujian pesawat pengebom halimunan negara itu, "PAK DA", menyusul penerbangan sulung pesawat pengebom halimunan terbaru Amerika Syarikat, “B-21 Raider” 10 November yang lalu.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Russia telah memulakan kerja-kerja pembinaan pangkalan khusus untuk pembangunan dan menguji pesawat pengebom strategik baru Russia dipanggil “PAK DA” atau “Izdelie 80”  (Product 80) yang dibangunkan oleh syarikat Tupolev.

PAK DA, yang juga pesawat pengebom halimunan pertama Russia dijangka akan melakukan penerbangan sulungnya pada tahun 2025.

Tupolev adalah syarikat yang bernaung di bawah United Aircraft Corporation (UAC).

Pengumuman oleh Russia mengenai permulaan pembinaan pangkalan khusus untuk pembangunan dan pengujian pesawat pengebom halimunan negara itu, “PAK DA”, menyusul penerbangan sulung pesawat pengebom halimunan terbaru Amerika Syarikat, “B-21 Raider” 10 November yang lalu.

Pemerhati pertahanan antarabangsa pula meramalkan bahawa pesawat pengebom halimunan terbaru China, “H-20” pula akan melakukan penerbangan sulungnya di dalam tempoh 24 bulan.

PAK DA atau “Izdelie 80”

 

Agensi pembuataan senjata Russia, ROSTEC di dalam satu kenyataan menerusi agensi berita RIA-Novosti baru-baru ini menyatakan bahawa pakar-pakarnya telah selesai menjalankan kerja-kerja kajian dan pembangunan untuk membina sebuah pangkalan khusus untuk menguji pesawat pengebom generasi akan datang, PAK DA.

Salah sebuah syarikat bernaung dibawah ROSTEC untuk merekabentuk dan membina kompleks pengujian bagi pesawat pengebom strategik PAK DA.

“Pesawat pengebom halimunan Russia, PAK DA dijangka akan memulakan operasinya pada 2027.”

Pesawat pengebom strategic halimunan PAK DA merupakan pesawat pengebom berkelajuan subsonic dengan kelajuannya tidak melebih Mach 1.0, berlainan dengan slogan yang selalu didengar “lagi laju lagi baik.”

Fokus syarikat Tupolev dalam program pembangunan pesawat pengebom halimunan PAK DA adalah kepada ciri-ciri halimunan dalam rekabentuk pesawat itu.

Pereka-pereka pesawat pengebom PAK DA mahu mengambil contoh daripada pesawat pengebom pesawat pengebom strategi Amerika Syarikat, B-2 Spirit yang menitikberatkan ciri-ciri halimunan daripada kelajuannya.

Lukisan kejuruteraan “PAK DA”

 

Disebabkan program PAK DA itu menggunakan B-2 Spirit sebagai contoh, maka pelbagai pihak juga menuduh bahawa Russia cuba “meniru” rekabentuk pesawat pengebom Amerika Syarikat itu terutamanya dalam rekabentuk “flying wing”.

Rekabentuk “flying wing” itu tidak lagi menggunakan struktur tradisional pesawat seperti fiuslaj, sayap dan pelbagai elemen yang lain seperti komponen stabilisation dan kawalan penerbangan.

 Sebaliknya, elemen-elemen pesawat tradisional itu akan diganti komputer kawalan penerbangan yang kompleks.

Walaupun program pembangunan pesawat pengebom strategik PAK DA itu diselubungi dengan misteri, namun boleh disahkan bahawa pesawat itu direkabentuk untuk membawa persenjataan konvensional, nuklear dan hypersonik.

Secara keseluruhannya, pesawat pengebom PAK DA itu dikatakan berkemampuan membawa sehingga 30 tan bom dan peluru berpandu berbanding hanya 20 tan bagi pesawat pengebom B-2 Spirit Amerika Syarikat.

Pesawat pengebom terbaru Amerika B-21 “Raider”

 

Beberapa bulan lepas, Menteri Negara bagi Angkatan Tentera British James Heappey berkata, pesawat pengebom terbaru Russia itu memiliki ciri-ciri halimunan (stealth).

“Russia mengekalkan beberapa jenis pesawat pengebom dalam keadaan berjaga-jaga di beberapa pangkalan udara di seluruh wilayahnya. Prototaip PAK-DA yang rekabentuknya adalah menyamai pesawat pengebom B-2 Amerika Syarikat berkemungkinan sudah hampir siap,” kata beliau.

Pada ketika ini Russia menggunakan beberapa pesawat pengebom seperti Tu-95, Tu-22 dan Tu-160 dan dengan kehadiran PAK-DA (Izdelie 80), pesawat pengebom strategik terbaru Russia dijangka akan menggantikan beberapa pesawat pengebom strategik yang sudah agak berusia.

“PAK-DA atau Izdelie 80 akan menjadi pesawat pengebom strategik Russia yang benar-benar halimunan,” kata media Russia.

Adakah ini rekabentuk pesawat pengebom terbaru China, Xian H-20.

 

Disebabkan ciri-cirinya yang halimunan, pesawat pengebom terbaru Russia itu berkemampuan menyelinap masuk ke dalam ruang udara sesebuah negara tanpa dapat dikesan oleh radar dan menggugurkan muatannya sebelum pulang ke pangkalannya.

Kesemua ini dilakukannya tanpa dapat dikesan oleh radar disebabkan rekabentuknya yang memiliki ciri-ciri Radar Cross Section (RCS) yang amat rendah, selain pesawat diselaputi (coating) dengan bahan khas yang kalis pancaran radar. 

Menurut media-media Russia, walaupun pesawat pengebom terbaru Russia itu memiliki kelajuan subsonic, namun ia berkemampuan beroperasi sehingga sejauh 15,000km. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

To advertise contact: lulwabyadah@gmail.com

 

featuredHalimunanPAK-DAPengebomRussia