Semua Kapal “Arleigh Burke” Dilengkapi Peluru Berpandu Hypersonic

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam menangani ancaman China dan Russia,  tentera laut Amerika Syarikat merancang untuk melengkapkan kesemua kapal perang pemusnahnya (destroyer) daripada jenis “Arleigh Burke” dan “Zumwalt” dengan peluru berpandu Hypersonic. Perkara itu diumumkan oleh penasihat keselamatan dalam negeri Amerika Syarikat Robert O’ Brien. Usaha melengkapkan kapal-kapal pemusnahnya dengan senjata yang lebih menggerunkan akan […]

Benarkah 60 Nelayan China Telah Dibebaskan? Sila Jawap, Jangan Lari

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Nampaknya jangkaan admin bahawa 60 nelayan China yang ditahan di oleh APMM di Johor kira-kira dua minggu lepas kerana menceroboh perairan negara berkemungkinan akan dibebaskan tanpa dikenakan sebarang tindakan, mungkin benar. Ya, kesemua 60 nelayan terbabit termasuk enam buah bot mereka mungkin sudah berada di laut menyambung pelayaran mereka ke “Mauritania”, […]

Kapal LMS TLDM Pula Berdepan Masalah?

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menerima kapal Littoral Mission Ship (LMS) yang pertama daripada empat dipesannya daripada China pada awal Januari lepas. Bagaimanapun hanya beberapa bulan selepas menerimanya, TLDM telah pun mengesan beberapa kerosakan (deficiencies) pada KD Keris (LMS 111) yang baru diterimanya daripada China itu dan sedang berusaha untuk […]

Filipina Mahu Beli Kapal Selam “Scorpene”. Cubaan Saingi M’sia?

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kita masih belum move on daripada negara jiran kita iaitu Filipina yang nampaknya kebelakangan ini amat “berselera” dalam membangunkan dan memodenkan angkatan tenteranya. Terbaru, Filipina dikatakan bakal berbelanja besar untuk memiliki dua buah kapal selam untuk tentera lautnya. Ini semuanya untuk membolehkan tentera lautnya yang sekian lama dipinggirkan oleh birokratik, untuk […]

Pemodenan Tentera Filipina Punyai Agenda Sulit? Jaga-Jaga….

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Filipina Rafael Alunan Third mahukan negara jiran Malaysia itu memperkuatkan angkatan tenteranya ke tahap yang paling optimal supaya ia boleh memainkan beberapa peranan. Peranan angkatan tentera Filipina yang sudah kuat itu katanya, bukan hanya untuk mempertahankan kedaulatan negara Asia Tenggara itu tetapi ada peranan lain yang perlu […]

Russia Bakal Campurtangan di Nagorno Karabakh?

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh tentera Armenia dan sekutu mereka di wilayah Nagorno-Karabakh sejak kebelakangan ini nampaknya telah merungsingkan Russia. Sebagai rakan di dalam pakatan ketenteraan Collective Security Treaty Organisation (CSTO), Russsia mempunyai tanggungjawab terhadap keselamatan Armenia, walaupun pada masa yang sama ia mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan Azerbaijan. […]

Siasat Kehilangan RM1 Bilion Projek Bina LCS TLDM

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Bekas timbalan menteri pertahanan Liew Chin Tong meminta supaya kerajaan menyiasat “kehilangan” dana RM1 bilion yang sepatutnya digunakan bagui projek pembinaan enam kapal Littoral Combat Ship (LCS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Liew yang juga ahli Dewan Negara berkata, dakwaan kehilangan dana daripada projek itu amat serius. “Setelah pihak-pihak terlibat […]

(Video) Kapal Halimunan USS Zumwalt Lancar Peluru Berpandu

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal guided missile destroyer halimunan pertama Tentera Laut Amerika Syarikat, USS Zumwalt (DDG-1000) yang dianggarkan bernilai US$3.8 billion (RM15.7 bilion sebuah) telah berjaya melancarkan peluru berpandu buat pertama kalinya. Kapal ultra-moden dengan rekabentuk amat futuristik seberat 16,000 tan itu telah melancarkan peluru berpandu Standard Missile-2 (SM-2) menggunakan pelancar MK57 Vertical Launching […]

Indonesia Tidak Benarkan “Pesawat Pengintip” AS Mendarat

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Indonesia diberitakan telah beberapa kali menolak permintaan Amerika Syarikat untuk membenarkan pesawat peronda maritim miliknya, P-8 Poseidon untuk mendarat dan mengisi minyak di negara Asia Tenggara itu. Media antarabangsa membuat dakwaan tersebut hari ini dengan mengatakan permintaan oleh Amerika Syarikat itu diajukan terhadap empat pegawai tinggi kerajaan Indonesia. Pegawai-pegawai Amerika Syarikat […]

Iran Kerah 200 Kereta Kebal Ke Sempadan Azerbaijan

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Adakah rejim Syiah Iran bakal terjebak dalam peperangan di Nagorno-Karabakh? Kemungkinan ini tidak boleh ditolak berikutan laporan negara Timur Tengah itu telah mengerahkan kira-kira 200 kereta kebal dan kereta perisai serta peralatan tentera yang lain ke sempadannya dengan Azerbaijan, sebuah lagi negara Syiah. Sejak beberapa hari lepas, media tempatan di Iran […]