[Video] Perbarisan Kemenangan Tentera Azerbaijan

(DEFENCE SECURITY ASIA) – “Perbarisan Kemenangan” atau “Victory Parade” bagi meraikan kemenangan Azerbaijan terhadap Armenia dalam Perang Nagorno-Karabakh telah berlangsung di Baku iaitu ibu negara Azerbaijan. Ribuan penduduk Azerbaijan berbaris ditepi-tepi jalanraya untuk melihat perbarisan kira-kira 3,000 anggota tentera serta ratusan kenderaan dan sistem persenjataan. (Sila LIKE dan Subscribe You Tube Channel “Defence Security Asia”) […]

Airbus Sah Tawar C-295 MPA Dalam Tender Pesawat Peronda Maritim M’sia

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat pembuat kapalterbang Eropah, Airbus telah mengesahkan bahawa ia telah menawarkan pesawat Peronda Maritim (MPA) C-295 dalam tender Kementerian Pertahanan untuk membekalkan pesawat itu kepada Malaysia. Tender bagi membekalkan pesawat MPA kepada Malaysia tamat pada 3 Disember lepas. Pengesahan tentang penyertaan pesawat C-295 dalam tender Kementerian Pertahanan itu telah disahkan oleh […]

Anggota PGA Ditahan Kerana Dipercayai Seludup PATI Di Sarawak

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Agensi berita nasional , Bernama hari ini melaporkan penahanan seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) kerana dipercayai cuba menyeludup masuk tiga pendatang asing izin melalui sempadan Kalimantan-Sarawak, di Tebakang. Tebakang ini terletak kira-kira 70 kilometer (km) dari Kuching. Menurut Bernama, penahanan anggota PGA itu telah disahkan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk […]

[Video] Turki Mula Produksi Bersiri UAV Terbaru “Aksungur”

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Turkish Aerospace Industry (TAI) telah memulakan produksi bersiri (serial production) pesawat tanpa pemandunya (UAV) yang terbaru dipanggil “Aksungur”, mendekatkan lagi pengoperasiannya oleh tentera Turki. TAI ini merupakan syarikat pertahanan Turki yang sama membangunkan UAV Anka. Selepas ANKA, syarikat kini membangunkan sebuah lagi UAV Medium Altitude Long Endurance (MALE), yang bukan sahaja […]

Skim Perkhidmatan “Senoi Praaq” Perlu Ditambah Baik – CUEPACS

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) disyor supaya membuat penambahbaikan terhadap skim perkhidmatan anggota polis Orang Asli daripada Unit Senoi Praaq, Pasukan Gerakan Am (PGA). Presiden CUEPACS Adnan Mat yang membuat cadangan itu berkata pihaknya mendapati skim perkhidmatan sedia ada Senoi Praaq agak ketinggalan dari segi gaji berbanding kemahiran luar biasa yang dimiliki […]

Amerika Sumbang Senjata Bernilai RM2.8 Bilion Pada Filipina Sejak 2015

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Filipina telah menerima peralatan tentera bernilai 1.3 bilion Peso (US$29 juta) daripada Amerika Syarikat untuk memperkukuhkan kemampuannya menentang pencerobohan luar serta menangani kumpulan-kumpulan pengganas. Sumbangan peralatan ketenteraan kepada Filipina itu telah disampaikan oleh Pemangku Setiausaha Pertahanannya Christopher Miller kepada Setiausaha Pertahanan Filipina Delfin Lorezana. Peralatan-peralatan ketenteraan yang disumbangkan termasuk raifal penembak […]

[Video] Tentera Turki Berarak Sambut Kemenangan Azerbaijan

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Turki akan turut serta dalam perbarisan tentera di Baku, ibu negara Azerbaijan bagi meraikan kemenangan negara selatan Kaukasus itu ke atas Armenia di dalam konflik di Nagorno-Karabakh baru-baru ini. Perbarisan yang dinamakan “Victory Parade” itu akan berlangsung pada 10 Dis ini (esok). Presiden Turki Recep Tayyep Erdogan juga dijangka akan […]

PTD Sahkan PUTD Akan Terima Helikopter MD530G Jun Depan

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Tentera Darat mengesahkan ia bakal menerima helikopter pertama  Light Scout Attack MD530G buatan syarikat pertahanan Amerika Syarikat, MD Helicopters Inc pada Jun tahun depan. Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain sebagaimana dipetik oleh page Facebook Tentera Darat Malaysia hari ini berkata, helikopter itu dijangka mula memasuki inventori Pasukan […]

Sudah Tiba Masa, ATM Timbang Perolehi AV-TM300

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Semalam Tentera Darat telah melancarkan tembakan Sistem Roket Lancar Berganda (SRLB) ASTROS II dalam Eksesais LEMBING SAKTI di Tanjung Hantu, Lumut. Eksesais yang melibatkan 59 pegawai dan 382 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pasukan Markas Briged Roket, Rejimen 51 Artileri Diraja (51 RAD), 52 RAD dan 61 RAD. Sistem SRLB ASTROS […]

12 Ribu Anggota PGA, Polis Marin Perlukan “Bullet Vest”

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Polis Diraja Malaysia sedang berusaha mendapatkan peruntukan bagi menggantikan baju kalis peluru (bullet vest) milik Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA)  itu yang sudah berusia lebih 10 tahun. Pengarah Jabatan KDNKA PDRM Datuk Seri Abdul Rahim Jaafar berkata ketika ini terdapat kira-kira 12,000 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan […]