Apa Sahaja Yang Ada Di Laut China Selatan Adalah Milik Republik Rakyat China…

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Semalam media Filipina melaporkan tentang kehadiran 220 buah bot militia maritim China di kawasan perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) negara itu berhampiran Julian Felipe Reef (Union Reef) di bahagian barat Laut Filipina.

Manila telah pun mengemukakan protes kepada China meminta Beijing supaya menghentikan pencerobohan bot-bot terbabit, sambil mengerah pesawat-pesawat serta kapal perondanya untuk memantau keadaan.

Polis Berjaga-Jaga Hadapi Segala Kemungkinan Daripada Korea Utara – Ketua Polis Negara

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersiap sedia menghadapi apa jua kemungkinan susulan kenyataan berbentuk ugutan dan ancaman yang dikeluarkan oleh Kaunselor Kedutaan Korea Utara di Malaysia Kim Yu-Song, semalam.

“Orang yang tengah marah macam begitulah perkataan yang keluar, tetapi kalau dia ada di sini mungkin kita akan ambil tindakan tetapi sebab dia sudah pergi pun, biarlah dia pergi,” katanya Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Jaga-Jaga Terhadap Serangan Siber Korea Utara !!!

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Semalam apabila konsul kedutaan Korea Utara di Malaysia Kim Yu Song memberi amaran bahawa kita akan “menanggung akibat” kerana mengekstradisi rakyatnya ke Amerika Syarikat, ramai yang tertanya apa bentuk tindak balas yang mampu dilakukan oleh Pyongyang.

Ya, kita semua tahu tentang kemampuan peluru berpandu ballistik tetapi adakah Korea Utara akan bertindak melancarkannya ke Malaysia akibat insiden ini?

Filipina Kesan Kehadiran 220 “Bot Nelayan” China Di Dalam Kawasan Perairan ZEE Negara Itu

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pihak Filipina telah mengesan kehadiran 220 buah bot “militia maritime” China di kawasan perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) berhampiran Julian Felipe Reef (Union Reef) di bahagian barat Laut Filipina.

Menteri Pertahanan Filipina Delfin Lorezana yang mengesahkan kehadiran begitu banyak bot China berkata, ia adalah satu tindakan yang provokatif dan usaha menjadikan ia kawasan tentera.