Pada 8,000 Tan, Kapal MRCV Singapura Samai Saiz Kapal Destroyer Arleigh Burke Amerika Syarikat

Setiap sebuah kapal MRCV milik Tentera Laut Republik Singapura itu dilaporkan memiliki berat 8,000 tan, menyamai berat dan saiz kapal-kapal destroyer kelas-Arleigh Burke Tentera Laut Amerika Syarikat.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada 22 Okt yang lalu, syarikat pembuat kapal Singapura ST Engineering telah mengadakan majlis perletakan lunas (keel laying) untuk kapal Multi Role Combat Vessel (MRCV) yang pertama daripada enam yang bakal dibina keseluruhannya.
Setiap sebuah kapal MRCV milik Tentera Laut Republik Singapura itu dilaporkan memiliki berat 8,000 tan, menyamai berat dan saiz kapal-kapal destroyer kelas-Arleigh Burke Tentera Laut Amerika Syarikat.
Apabila kapal pertama MRCV mula beroperasi pada tahun 2028 kelak, sudah semestinya ia akan menjadi kapal kombat terbesar dan paling berat di Asia Tenggara, berkemampuan beroperasi di mana-mana sahaja dan berada di laut lebih lama.
Dengan saiznya yang besar menyamai kapal perang kelas-destroyer, sudah pasti sistem persenjataan yang mampu dibawanya sama ada untuk tujuan pertahanan atau serangan juga adalah pelbagai.
Tentera Laut mahupun Kementerian Pertahanan Singapura tidak pernah mendedahkan saiz dan berat kapal MRCV miliknya itu, mahupun spesifikasi yang lain setakat ini.
Majlis perletakan lunas kapal MRCV Singapura yang pertama.
Untuk membina enam buah kapal MRCV itu, DSTA bekerjasama dengan syarikat Saab daripada Sweden dan Odense Maritime Technology (OMT) daripada Denmark untuk bersama-sama membangunkan rekabentuk kapal perang MRCV itu.
Keenam-enam kapal kelas-MRCV milik Singapura itu akan menggantikan enam buah kapal korvet kelas-Victory yang telah berkhidmat dengan tentera laut republik itu sejak 1989.
Majlis pemotongan besi (steel cutting ceremony) bagi kapal MRCV Singapura itu telah diadakan pada 8 Mac lalu sambil disaksikan oleh Panglima Tentera Laut Singapura dan juga wakil daripada Defence Science and Technology Agency (DSTA).
DSTA merupakan agensi Kementerian Pertahanan Singapura yang bertanggungjawab terhadap pembinaan kapal-kapal perang Singapura.
Untuk membina enam buah kapal MRCV itu, DSTA bekerjasama dengan syarikat Saab daripada Sweden dan Odense Maritime Technology (OMT) daripada Denmark untuk bersama-sama membangunkan rekabentuk kapal perang MRCV itu.
Menurut Tentera Laut Singapura, kapal MRCV yang pertama daripaada enam buah yang dibina akan ditauliahkan ke dalam perkhidmatan tentera laut republik itu pada 2028.
Keenam-enam buah kapal MRCV itu akan dibina di kemudahan ST Engineering Marine di Singapura, dengan kapal-kapal perang itu mula diserahkan kepada Tentera Laut Singapura secara berperingkat bermula pada tahun 2028.
“Kapal baru MRCV itu akan berfungsi sebagai ‘mothership’ (kapal induk), berkemampuan mengawal aset-aset tidak berpemandu di udara, permukaan dan bawah permukaan perairan,” menurut Tentera Laut Singapura.
Kapal-kapal MRCV itu direkabentuk untuk berfungsi sebagai kapal induk (mothership) dan boleh mengoperasikan sistem dengan pemandu (manned) dan tanpa pemandu (unmanned) dalam keadaan yang fleksibel dan bersepadu.
Ia berkemampuan untuk menyokong pelbagai misi dan keberkesanan kombat yang maksimum.
Pada Jun tahun lepas, Kementerian Pertahanan Singapura telah menganugerahkan kontrak rekabentuk dan pembinaan enam buah kapal MRCV untuk Tentera Laut Singapura.
Kontrak tersebut telah dianugerahkan kepada syarikat ST Engineering Marine Ltd, yang merupakan anak syarikat kepada Singapore Technologies Engineering Ltd (ST Engineering).
Peluru berpandu anti-kapal “Blue Spear” yang dibangunkan bersama antara Singapura dan Israel bakal melengkapi kapal MRCV republik itu.
Keenam-enam buah kapal MRCV itu akan dibina di kemudahan ST Engineering Marine di Singapura, dengan kapal-kapal perang itu mula diserahkan kepada Tentera Laut Singapura secara berperingkat bermula pada tahun 2028.
Ia berkemampuan untuk menyokong pelbagai misi dan keberkesanan kombat yang maksimum, dengan krew kapal sebanyak 80 orang.
Bagi sistem persenjataannya, kapal-kapal MRCV yang bakal dibina oleh Singapura itu akan dilengkapi dengan meriam 76mm, sistem pertahanan udara VL MICA dan ASTER serta peluru berpandu anti-kapal “Blue Spear” yang dibangunkan oleh Singapura dan Israel.
Ia juga akan dilengkapi dengan Thales’ SeaFire multifunction radar, Safran’s PASEO XLR EO/IR system dan Safran’s NGDS decoy launching system. –DSA

featuredKapalMRCVSingapura
Comments (0)
Add Comment