“Ombak Bawah Laut” Punca KRI Nanggala Karam – Pegawai TNI-AL

Pegawai-pegawai Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut (TNI-AL) berkata perbezaan antara density air di Laut Bali dan Selat Lombok mungkin telah mengakibatkan “pergerakan ombak dalam lautan besar-besaran” sehingga mampu menarik ke bawah kapal selam dalam tempoh beberapa saat.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pihak tentera laut Indonesia mengatakan insiden yang menimpa kapal selam negara itu, KRI Nanggala di Laut Bali pada minggu lepas berkemungkinan berpunca daripada fenomena ombak bawah lautan atau “internal solitary wave.”

Pegawai-pegawai Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut (TNI-AL) berkata perbezaan densiti air di Laut Bali dan Selat Lombok mungkin telah mengakibatkan “pergerakan ombak bawah lautan secara besar-besaran” dengan kekuatannya mampu menarik kapal selam ke dasar  dalam beberapa saat.

Dipetik sebagai berkata oleh versi online Asian Nikkei, Komander Sekolah Staff dan Pemerintahan TNI-AL Iwan Isnurwanto berkata, kehadiran ombak bawah lautan (internal solitary wave) berhampiran lokasi KRI Nanggala ketika insiden itu telah disahkan oleh satelit kaji cuaca Jepun, Himawari 8.

“Tiada apa yang boleh dilakukan oleh mereka (anak kapal KRI Nanggala), tidak ada masa untuk berbuat apa-apa.. kapal selam ditarik ke bawah oleh ombak besar sehingga menyebabkan mereka (anak kapal) berguling-guling,” katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat TNI-AL di Jakarta.

“Walaupun begitu kita perlu melakukan siasatan lanjut, tetapi itu adalah kemungkinan yang berlaku.”

Beliau berkata,  “internal solitary waves” atau ombak bawah lautan disifatkan sebagai bahaya utama kepada kejuruteraan laut dan navigasi kapal selam.

Satelit cuaca Jepun, Himawari 8

 

Fenomena itu juga boleh menyebabkan masalah yang besar kepada pelantar minyak

Pegawai-pegawai tentera laut Indonesia berkata, untuk mengelak insiden KRI Nanggala daripada berulang pada masa hadapan, negara itu perlu mempunyai keupayaan untuk mengesan fenomena ombak bawah lautan itu.

Kenyataan oleh pegawai kanan TNI-AL itu sekaligus menafikan sepekulasi tentang punca kejadian yang menimpa KRI Nanggala termasuk usia kapal selam, kesilapan manusia serta dakwaan bahawa KRI Nanggala itu telah ditembak oleh kapal selam asing.

KRI Nanggala-402 telah dibina oleh Jerman dan mula berkhidmat dengan TNI-AL pada 1981. Ia turut menjalani retro-fit di Korea Selatan pada 2012.

Bangkai kapal selam “KRI Nanggala.”

 

Sementara itu penolong kepada Ketua Staff TNI-AL Muhammad Ali berkata, KRI Nanggala telah menjalani pemeriksaan yang kerap termasuk “docking” terakhirnya pada tahun lepada dan disifatkan “seaworthy” sehingga 2022.

Beliau juga berkata, kesemua 53 krew kapal selam terbabit telah menerima latihan yang mencukupi dan menafikan bilangan krew yang berada dalam KRI Nanggala melebihi had sepatutnya.

“Rumor mengatakan KRI Nanggala telah ditembak oleh kapal selam asing adalah amat menakjubkan kerana kita ada pelbagai kapal permukaan ketika kejadian dan mereka turut dilengkapi dengan sonar yang mampu mengesan sebarang letupan jika iannya berlaku,” katanya.

KRI Nanggala “hilang” pada awal hari Rabu ketika ia terlibat dalam latihan pelancaran torpedo.

Beberapa hari lepas, TNI-AL mendedahkan bahawa ia telah menemui bangkai kapal selam KRI Nanggala kira-kira 838 meter di dasar laut.

— DEFENCE SECURITY ASIA

IndonesiaInternal Solitary WaveKapal SelamKRI NanggalaOmbak Dalam Lautan
Comments (0)
Add Comment