Norway Kerah F-35 Pintas Pesawat Peronda Maritim Tu-142MK Russia Sedang Laksana “Misi Khas”

Baru-baru ini,  Tentera Udara Norway telah mengerahkan dua buah pesawat pejuang generasi kelimanya, F-35 untuk memintas dan mengiringi dua buah pesawat peronda maritim dan anti-peperangan kapal selam (ASW) Tupolev Tu-142MK milik Russia yang melakukan penerbangan di Teluk Biscay, pantai barat Perancis.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Baru-baru ini,  Tentera Udara Norway telah mengerahkan dua buah pesawat pejuang generasi kelimanya, F-35 untuk memintas dan mengiringi dua buah pesawat peronda maritim dan anti-peperangan kapal selam (ASW) Tupolev Tu-142MK milik Russia yang melakukan penerbangan di Teluk Biscay, pantai barat Perancis.

Sumber dipetik oleh portal pertahanan, Bulgarian Military mengatakan bahawa kedua-dua pesawat peronda maritim Russia itu sedang melaksanakan “misi khas.”

Menurut majalah Jerman “Flug Revue”, kedua-dua pesawat peronda maritim Russia itu telah melakukan penerbangan selama 15 jam sejauh 10,000km daripada Teluk Biscay ke kawasan di Atlantik Utara.

“Misi khas” kedua-dua pesawat Tu-142MK itu bermula daripada Kipelovo dan ia bermatlamat untuk menguji radar Over-The-Horizon (OTH) yang baru dipasang di Nizhny Novgorod, Russia.

Menurut portal pertahanan itu lagi, selain dua buah pesawat peronda maritim Tu-142MK , pesawat pengebom Tu-95 juga dikesan melakukan penerbangan di pesisiran pantai Alaska.

Menurut NORAD (North American Aerospace Defence Command), pesawat pengebom Tu-95 itu telah memasuki Air Defense Identification Zone (ADIZ) dan berada di dalam zon itu selama kira-kira empat jam.

Sebagai tindakbalas, NORAD telah mengerah pesawat-pesawat pejuang F-22 dan F/A-18 untuk memintas dan mengiringi pesawat pengebom Russia itu untuk keluar daripada ruang udara di bawah ADIZ Amerika Utara itu.

Ujian kalibrasi radar OTH bukanlah suatu misi kombat tetapi ia adalah tindakan praktikal atau misi ujian.

Pesawat-pesawat peronda maritim Tu-142MK milik Tentera Udara Russia itu memainkan peranan yang penting dalam perlaksanaan ujian kalibrasi radar OTH yang baru sahaja dipasang oleh pihak tentera negara itu.

Kedua-dua pesawat peronda maritim dan anti-peperangan kapal selam Tu-142MK itu dilengkapi dengan sistem penderia dan elektronik yang canggih bagi membolehkan ia mengesan dan menjejaki sasaran permukaan lautan dan bawah permukaan di kawasan yang luas.

Objektif primer penerbangan ujian kalibrasi radar OTH itu adalah memastikan radar itu dapat berfungsi dengan baik dalam memberikan maklumat dan data-data yang tepat kepada operatornya.

Menurut portal Bulgarian Military itu, semasa penerbangan ujian kalibrasi radar OTH itu pesawat-pesawat Tu-142MK akan terbang mengikut corak yang telah ditetapkan.

Penerbangan pesawat-pesawat peronda maritim dan peperangan anti-kapal selam itu telah dirancang dengan teliti supaya ia dapat merangkumi pelbagai suasana, keadaan dan altitude.

Kesemua maklumat dan data yang dicerap oleh pesawat-pesawat itu akan di-transmit kepada operator radar itu, yang akan menggunakannya untuk mengubahsuai parameter radar OTH terbabit.

Selain memainkan peranan dalam ujian kalibrasi radar OTH itu, pesawat-pesawat Tu-142MK itu memberikan peluang latihan kepada radar operator dan penganalisis.

Pesawat peronda maritim dan anti-peperangan kapal selam (ASW) Tu-142MK itu dilengkapi dengan radar “Korshun-K” yang digunakan untuk mengesan dan menjejaki sasaran di permukaan dan bawah permukaan perairan.

Selain radar “Korshun-K”, pesawat itu juga dilengkapi dengan alatan “Berkut-95” Magnetic Anomaly Detector (MAD) yang digunakan untuk mengesan kehadiran lapangan magnetik yang terhasil akibat kehadiran objek metallik yang besar seperti kapal selam.

Radar Over-The-Horizon milik Russia.

 

Pesawat Tu-142MK itu juga dilengkapi dengan sistem sonar yang moden termasuk sonobuoys yang boleh digugurkan daripada pesawat.

Ia juga dilengkapi dengan peralatan Electronic Support Measures(ESM) untuk memintas dan menganalisis sebarang signal elektronik yang dihasilkan oleh sasarannya yang membolehkan pesawat untuk mengumpul maklumat berkenaan elektronik dan mengenalpasti kehadiran kapal selam musuh atau kapal-kapal permukaan berdasarkan kepada signal elektronik mereka.

Mengenai radar OTH itu, pihak portal terbabit mengatakan ia berkemungkinan adalah radar dipanggil “Container” yang mempunyai jarak pengesanan sejauh 3,000km dan altitude setinggi 100km.

Ia dibangunkan oleh NPK NIIDAR, syarikat Russia yang sama membangunkan radar Voronezh-DM. — DSA

 

featuredNorwayRussiaTu-142MK
Comments (3)
Add Comment