Jom Lihat Spesifikasi Pesawat Peronda Maritim ATR 72MP

Sebagai sebuah negara maritim, keperluan untuk memiliki pesawat peronda maritim untuk memantau kawasan perairan negara yang amat luas adalah amat mendesak. Apatah lagi, kedaulatan negara di Laut China Selatan diancam dengan aktiviti pencerobohan oleh kapal-kapal milik China.

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Pesawat peronda maritim ATR 72 MP yang menjadi pilihan Malaysia sebagaimana diumumkan oleh mantan Menteri Pertahanan beberapa bulan lepas merupakan aset yang dioptimakan untuk misi-misi rondaan maritim yang paling kompleks, sebagaimana didakwa oleh syarikat pengeluarnya, Leonardo.

“Aset baharu @tudm_rasmi. Untuk perolehan dua (2) buah MPA, Kerajaan telah bersetuju dengan tawaran oleh syarikat Leonardo,” kata mantan menteri pertahanan itu.

Negara akan memperolehi dua buah pesawat peronda maritim ATR 72MP pada Rancangan Malaysia ke-12.

Dibawah program CAP55 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), negara merancang untuk memiliki sekurang-kurangnya enam buah pesawat peronda maritim, dengan perolehannya di meliputi beberapa Rancangan Malaysia.

Kementerian Pertahanan telah mengiklankan tender untuk memperolehi dua buah pesawat MPA pada Ogos 2020, dengan beberapa syarikat pembuat pesawat MPA telah pun menyatakan minat mereka untuk menyertai tender terbabit yang ditutup pada 3 Disember tahun yang sama.

ATR72 MP

 

Sebagai sebuah negara maritim, keperluan untuk memiliki pesawat peronda maritim untuk memantau kawasan perairan negara yang amat luas adalah amat mendesak.

Apatah lagi, kedaulatan negara di Laut China Selatan itu diancam aktiviti pencerobohan oleh kapal-kapal milik China.

Dipromosikan sebagai pesawat dengan kos operasi yang rendah, ATR 72MP adalah platform peronda maritim berkeupayaan tinggi yang boleh melaksanakan misi peperangan anti-kapal selam (ASuW), peperangan anti-permukaan (ASW_ serta misi-misi perisikan elektronik (ELINT).

Untuk misi-misi ELINT, ASW dan ASuW, pesawat peronda maritime itu dilengkapi dengan peralatan dan sub-sistem pilihan termasuk Defensive Aids Sub-System (DASS) bagi membolehkannya beroperasi di kawasan musuh, sistem untuk menyimpan dan melancar sonobuoys dan akustik subsistem.

Keadaan di dalam pesawat ATR 72MP.

 

Selain itu, pesawat ATR 72MP itu juga dilengkapi dengan Magnetic Anomaly Detector (MAD), peralatan khusus untuk mengesan kehadiran kapal selam di perairan yang disasarkanya.

Pesawat peronda maritim pilihan Malaysia itu juga berkeupayaan membawa dua buah torpedo ringan.

Pesawat ATR 72MP itu berkemampuan beroperasi dalam suasana rondaan maritim paling kompleks kerana ia dilengkapi dengan sistem perlaksanaan misi Airborne Tactical Observation and Surveillance (ATOS) terdiri daripada radar Active Electronically Scanned Array (AESA), penderia elektro optical dengan kamera monochrome dan bewarna.

Selain itu, pesawat juga dilengkapi dengan Automatic Identification System (AIS) dan Airborne Search and Rescue Direction Finder (ASARSDF).

Pesawat Peronda Maritim (MPA) ATR72 buatan syarikat Leonardo.

 

Pesawat ATR 72 MP keluaran syarikat Leonardo itu juga dilengkapi dengan kelengkapan Command, Control, Communications, Computers, Intelligence, Surveillance and Reconnaissance (C4ISR) bagi membolehkannya memantau trafik di laluan perkapalan, perlindungan kawasan perikanan, anti-penyeludupan dan pemantauan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) serta Search and Rescue (SAR).

Pesawat rondaan maritim itu boleh berada di udara selama 10 jam.

Maximum take-off weigh pesawat peronda maritim ini adalah 23 tan dan ia berkemampuan terbang selaju 465km sejam serta terbang setinggi 25,000 kaki. — DSA

 

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

featuredLeonardomaritimMPAPesawat PerondaTUDM
Comments (1)
Add Comment