Mohamed Salah, “The Egyptian King” Bakal Ditawar Gaji RM2.8 Seminggu Oleh Liverpool

Dengan prestasi yang amat menakjubkan pada ketika ini, pemain kelahiran Mesir itu dikatakan bakal ditawarkan kontrak lumayan oleh Liverpool termasuk gaji sebanyak 500,000 Pound Sterling seminggu atau RM2.8 juta seminggu.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Hari ini, kita santai-santai je dan jengok sekejap ke padang bolasepak untuk bercerita tentang penyerang Liverpool kelahiran Mesir,  Mohamed Salah “The Egyptian King” yang kini dikatakan antara calon utama untuk memenangi Anugerah Ballon d’or untuk tahun ini.

Semalam, admin tengok game Liverpool menentang Watford di Vicarage Road yang berkesudahan Liverpool menang 5-0 dengan Mo Salah sekali lagi menjaringkan salah satu gol solo paling cantik untuk musim EPL pada musim ini.

Ia adalah gol ke-10 Mo Salah untuk musim ini dan gol semalam itu sememangnya menunjukkan form beliau pada ketika ini adalah jauh lebih baik daripada pemain-pemain utama dunia termasuk Lionel Messi daripada PSG dan Cristiano Ronaldo daripada Manchester United (yang kalah lagi semalam 2-4 pada Leicester).

Walaupun dengan “kepulangan” CR7 ke Manchester United, tapi keadaan di The Red Devil itu nampak macam from “bad to worse”, menyebabkan ramai yang mempersoalkan masa depan Ole Gunnar Solksjaer dengan kelab itu.

Ok, kita nak bercerita tentang Mo Salah kerana selepas sahaja persembahan menakjubkan beliau ketika menentang Watford kendalian Claudio Ranieri semalam, telah ada laporan mengatakan bahawa rundingan perlanjutan kontrak Mo dengan Liverpool kini bergerak semakin pantas untuk “seal the deal.”

Mo Salah bersama ejennya,Rami Issa Abbas.

 

Dalam keadaan Mo Salah begitu “panas” dengan jaringan demi jaringan “menakjubkan” dan berkemungkinan dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia akhir tahun ini menerusi Anugerah Ballon d’or, maka sudah tentu Liverpool tidak mahu kehilangan beliau.

So, sebab itulah, rundingan perlanjutan kontrak antara Mo dengan Liverpool itu kini berada di tahap yang penting.

Liverpool pun tidak mahu kelab-kelab bolasepak dunia lain yang mempunyai “deep pocket” seperti PSG, Real Madrid, Barcelona dan Newcastle (yang baru sahaja dibeli oleh keluarga diraja Arab Saudi) membuat counter-offer dalam usaha mereka untuk menarik Mo Salah ke kelab mereka.

Ejen pemain kelahiran Mesir itu dikenali dengan nama, Ramy Abbas Issa dikatakan telah terbang ke London berunding dengan Liverpool untuk melanjutkan kontrak beliau dengan kelab bolasepak kendalian Juergen Klopp selama dua tahun lagi sehingga 2025.

Selain itu, Ramy juga dikatakan akan meminta kenaikkan gaji yang besar bagi Mo Salah yang kini dikatakan menerima sebanyak 200,000 Pound Sterling (RM1.14 juta) seminggu daripada Liverpool pada ketika ini.

Pada ketika ini, kontrak gaji RM1.14 juta seminggu Mo Salah akan tamat pada tahun 2023.

Dibawah kontrak baru itu, ejen Mo Salah kelahiran Colombia itu sedang berunding dengan The Reds itu untuk meningkatkan gaji pemain Mesir itu kepada 500,000 Pound Sterling (RM2.8 juta) seminggu bagi memastikan Mo terus kekal di Liverpool.

Berdasarkan prestasi beliau pada masa kini yang jelas adalah lebih baik daripada Messi atau Ronaldo atau Lewandowski, maka peluang Mo Salah untuk terus kekal di Liverpool dengan gaji sebanyak RM2.8 juta satu minggu adalah amat tinggi.

Even Klopp turut mengakui bahawa prestasi Mo Salah pada ketika ini adalah jauh lebih baik daripada Messi dan Cristiano Ronaldo.

Admin pun tak boleh bayangkan, menerima gaji sebanyak RM2.8 juta untuk SATU MINGGU. (jika kontrak baru itu dimeterai).

Untuk setahun pula, pemain kebangsaan Mesir yang pernah juga bermain dengan kelab-kelab Serie A Fiorentina dan Roma serta Chelsea milik Roman Abramovich itu dijangka menerima keseluruhan gaji berjumlah RM145 juta daripada Liverpool.

Mo Salah dengan jurulatih kelahiran Jerman Liverpool, Juergen Klopp.

 

Jika itu menjadi kenyataan, Mo Salah akan muncul sebagai salah seorang pemain paling mahal di dunia dengan gaji antara paling tinggi.

Walaupun gaji setahun beliau dengan Liverpool akan berjumlah RM145 juta atau RM2.8 juta seminggu, tetapi pendapatan sebenar beliau dijangkakan akan jauh lebih tinggi daripada kerja-kerja pemasaran (marketing), sponsorship, endorsements, bonus kemenangan, pengiklanan dan lain-lain lagi.

Sebagai “the hottest property in English Football” pada ketika ini, pendapatan tahunan Mo Salah dijangka melonjak lagi dengan kontrak baru dengan Liverpool itu dan dilengkapi dengan pelbagai lagi pakej-pakej lumayan yang lain.

Selepas menyambung kontrak pemain-pemain seperti Virjil Van Dijk, Alisson dan Trent Alexander-Arnold baru-baru ini, Liverpool mungkin tidak mahu “terlepas” pemain paling berharganya musim ini iaitu Mo Salah dan akan “ikat” beliau dengan kontrak paling lumayan untuk kelab itu dalam sejarah panjangnya.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

 

Ballon d'orLiverpoolMo SalahThe Reds
Comments (0)
Add Comment