Mitsui E&S Turut Tawar Kapal MRSS 13,000 Tan Pada TLDM

Selain syarikat-syarikat seperti Damen Schelde, Hyundai Heavy Industries dan Mitsui, keperluan untuk memenuhi kehendak TLDM untuk memiliki kapal Multi Role Support Ship (MRSS) turut sama dikongsi oleh beberapa syarikat lain termasuk Naval Group dari Perancis, CSOC daripada China dan PT PAL daripada Indonesia.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selain syarikat seperti Damen Schelde dari Belanda dan Hyundai Heavy Industries (HHI) dari Korea Selatan yang menawarkan kapal Multi-Role Support Ship (MRSS) untuk memenuhi keperluan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), sebuah syarikat Jepun turut telah menyatakan minat mereka.

Syarikat daripada Jepun itu adalah Mitsui Engineering and Shipbuilding (Mitsui E&S) yang telah menawarkan kapal mereka sejak dua tahun lepas.

Kapal MRSS yang ditawarkan oleh syarikat daripada Jepun itu adalah seberat 13,000 tan dan berkeupayaan untuk membawa sehingga 500 anggota tentera lengkap bersenjata yang berkekuatan satu battalion.

Selain itu kapal MRSS yang ditawarkan oleh syarikat Mitsui E&S itu juga berkemampuan membawa sehingga 16 buah kereta kebal (main battle tanks), enam buat kereta perisai dan sebuah kenderaan ambulan.

Kapal MRSS oleh syarikat Mitsui ini juga dilengkapi dengan dua sistem Phalanx CIWS.

Ketumbukan anggota tentera dan peralatan senjata ini adalah anggota marin Angkatan Tentera Malaysia yang dicadang ditubuhkan sejak beberapa tahun yang lalu.

Apabila kapal-kapal MRSS milik TLDM ini telah wujud di dalam inventorinya, maka bolehlah kita melihat kewujudkan pasukan Marines di dalam Angkatan Tentera Malaysia suatu masa nanti.

Kapal MRSS HDL-13000 yang dicadangkan oleh Hyundai Heavy Industries kepada TLDM.

 

Kapal MRSS yang dicadangkan oleh syarikat Jepun ini memiliki hangar yang boleh menempatkan dua buah helikopter HC225M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta beberapa buah pesawat tanpa pemandu (Unmanned Aerial Vehicles) berkemungkina jenis Short Take Off and Landing (STOL).

Ia juga boleh membawa dua buah landing craft untuk memudahkan penghantaran anggota tentera dan peralatan ke kawasan operasi yang berkemungkinan di pesisir pantai, pulau-pulau terpencil atau beting pasir atau ciri-ciri maritim yang lain.

Panjang keseluruhan kapal MRSS yang dicadangkan oleh Mitsui adalah 160 meter manakala krewnya adalah seramai 150 orang.

Kapal MRSS oleh Damen

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Menurut syarikat Mitsui, rekabentuk kapal MRSS oleh Mitsui yang dicadangkan kepada TLDM telah mengambilkira pengalaman dalam membangunkan kapal-kapal Landing Platform Dock “ Osumi” dan “Shimokita” daripada Japan Maritime Self Defense Force (JMSDF).

Selain syarikat-syarikat Damen Schelde, HHI, keperluan untuk memenuhi kehendak TLDM untuk memiliki kapal MRSS turut sama dikongsi oleh beberapa syarikat lain termasuk Naval Group dari Perancis, CSOC daripada China dan PT PAL daripada Indonesia.

Dibawah program Transformasi 15 ke 5, TLDM mempunyai keperluan untuk tiga buah kapal MRSS yang akan diperolehi bermula tahun ini sehingga 2035. — DSA

featuredMitsuiMRSSTLDM
Comments (0)
Add Comment