Kereta Kebal “Merkava Mark II” Dibawa Lari, Pencuri Mahu Jual Sebagai Besi Buruk

Pihak berkuasa Israel masih menyiasat motif bagi kecurian kereta kebal Merkava Mark II itu, walaupun media-media negara itu menyatakan kemungkinan besar mereka yang bertanggunjawab mencuri kereta kebal itu mahu melupuskannya bagi tujuan dijual semula sebagai besi buruk.

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Kereta kebal utama “Merkava” merupakan perisai utama Angkatan Tentera Israel (dipanggil Israel Defense Force) dan telah digunakan secara ekstensif oleh angkatan tentera itu dalam semua peperangan yang melibatkan negara Israel sejak tahun-tahun 1980-an.

Pada Rabu (semalam), polis Israel telah melakukan tangkapan selepas menerima laporan berkenaan “kecurian” sebuah kereta kebal milik tentera Israel daripada sebuah lapang sasar negara itu.

Bagaimanapun, kereta kebal ditemui semula di sebuah pusat perlupusan besi buruk berhampiran.

Kereta kebal Merkava Mark II itu yang dicuri telah ditamatkan khidmat oleh tentera Israel.

Pihak Polis Israel menemui semula kereta kebal itu di sebuah pusat perlupusan besi buruk di sebuah lokasi bernama Nesher, yang terletak di utara bandar pesisir pantai negara itu, Haifa, kira-kira 20km daripada tempat ia dicuri.

Tentera Israel telah membuat laporan tentang kejadian kecurian yang dikatakan berlaku pada waktu malam di antara hari Selasa dan Rabu kepada polis negara itu.

Kejadian kecurian itu telah disiasat oleh Polis, Unit Siasatan Polis Tentera Israel dan pusat pemerintahan Tentera Israel yang telah memulakan siasatan berkenaan kehilangan kereta kebal seberat 60 tan itu.

Pihak berkuasa Israel masih menyiasat motif bagi kecurian kereta kebal Merkava Mark II itu, walaupun media-media negara itu menyatakan kemungkinan besar mereka yang bertanggunjawab mencuri kereta kebal itu mahu melupuskannya bagi tujuan dijual semula sebagai besi buruk.

Menurut tentera Israel, kereta kebal Merkava yang dicuri itu telah ditamatkan khidmatnya beberapa tahun lalu dan tidak lagi memiliki sebarang senjata, peluru atau peralatan dan komponen canggih di dalamnya.

Kereta kebal Merkava Mark II itu dilapor hanya digunakan oleh tentera Israel untuk tujuan latihan sahaja.

Walaupun begitu kejadian kecurian kereta kebal itu bukanlah yang pertama bagi tahun ini di Israel.

Ini kerana pada Februari lepas, sekumpulan bekas tentera Israel telah melarikan salah satu varian kereta kebal “Centurion” dipanggil “Sho’t” daripada memorial yang didirikan untuk memperingati Peperangan Arab-Israel 1973.

Bekas anggota tentera yang mencuri kereta kebal terbabit dikata mahu menggunakan kenderaan tempur itu dalam protes terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

Beberapa hari selepas kejadian pada Februari itu, kumpulan bekas anggota tentera Israel yang sama turut telah mencuri kenderan perisai “Bren” untuk tujuan sama menggunakannya pada protes terhadap kerajaan Israel.

Bekas anggota tentera Israel yang melakukan jenayah itu telah ditangkap oleh pasukan polis, dimana mereka mendakwa mempunyai kebenaran untuk menggunakan kenderaan perisai itu.

Kereta kebal Merkava yang digunakan oleh tentera Israel mula diperkenalkan pada tahun 1979 dengan varian pertamanya dikenali sebagai “Merkava Mark 1”.

Merkava Mk4

 

Varian kereta kebal utama Merkava Mark II, sama seperti yang dicuri itu mula diperkenalkan kepada perkhidmatan tentera Israel pada 1983 dan melalui beberapa pengubahsuaian dan naik taraf sebelum ia digantikan dengan varian lebih terkini iaitu Merkava Mark III yang dihasilkan di antara 1989 hingga 2003.

Kereta kebal Merkava Mark II dilengkapi dengan meriam 105mm dan mesingan 7.62mm serta sistem pertahanan daripada senjata anti-kereta kebal.

Ia juga dilengkapi dengan thermal optics, modular composite armor dan ada sebahagian daripada kereta kebal itu juga telah dibahsuai untuk menjadi kereta perisai sebelum ia ditamatkan khidmat pada 2016. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

 

Besi BurukCurifeaturedIsraelKereta KebalMerkava
Comments (0)
Add Comment