Meriam Bergerak PzH 2000 Buatan Jerman Berdepan Masalah Di Ukraine

Beberapa bulan selepas dikerah ke Ukraine untuk digunakan oleh anggota tentera negara itu bagi menangani pencerobohan tentera Russia, sistem meriam bergerak PzH2000 keluaran syarikat Jerman, Krauss-Maffei Wegmann (KMW) telah mengalami masalah yang serius.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam usaha untuk membantu tentera Ukraine menangani pencerobohan tentera Russia, kerajaan Jerman dan beberapa negara Eropah lain telah menghantar kira-kira 100 buah sistem meriam bergerak PzH 2000 155mm ke negara bergolak itu.

Bagaimanapun beberapa bulan selepas dikerah ke Ukraine untuk digunakan oleh anggota tentera negara itu, sistem meriam bergerak keluaran syarikat Jerman, Krauss-Maffei Wegmann (KMW) telah mengalami masalah yang serius.

Disebabkan kadar penggunaan yang tinggi dikalangan anggota tentera Ukraine di medan peperangan,maka mereka berhadapan dengan masalah untuk menyelenggara peralatan itu disebabkan kekuranganan alat ganti dan membaiki kerosakan.

Masalah yang dihadapi oleh sistem meriam bergerak keluaran Jerman itu telah menyebabkan keberkesanan operasi meriam itu.

Menurut akhbar Jerman “Der Spiegel”, Kementerian Pertahanan Jerman didapati telah mengabaikan usaha untuk memesan bekalan alat ganti yang mencukupi bagi membolehkan ia diselenggarakan dengan tepat dan berkesan.

Sistem meriam bergerak Jerman itu perlu diselenggara dengan kerap memandangkan ia telah digunakan dengan intensif oleh Tentera Ukraine, dengan krew-krew yang mengendalikannya telah menembak lebih 300 tembakan dalam satu hari.

Kadar tembakan yang tinggi itu telah menyebabkan kerosakan teruk kepada sistem meriam itu.

Kerajaan Jerman juga dikatakan mahu membina pusat penyelenggaraan bagi sistem meriam bergerak PzH2000 di Slovakia bagi membaiki sistem itu yang diserahkan kepada tentera Ukraine.

Sistem meriam bergerak PzH  2000 yang mula dibangunkan pada tahun 1998 menggunakan chassis yang sama sebagaimana kereta kebal utama Leopard 2.

Dengan berat mencecah 60 tan dan enjin berkuasa 1,000 kuasa kuda, sistem meriam bergerak itu berkemampuan membedil di antara 30km hingga 40km bergantung kepada jenis peluru yang digunakannya.

Selain meriam 155mm itu, sistem meriam bergerak itu juga dilengkapi dengan mesingan 7.62mm MG-3, lapan pelancar bom asap.

Setiap sistem meriam bergerak PzH2000 itu membawa sehingga 60 butir peluru, 48 peledak, 2000 butir peluru mesingan dan lain-lain lagi.

Sistem meriam bergerak PzH2000 itu dikatakan bagus digunakan untuk misi-misi “shoot dan scoot” di mana ia boleh melakukan tembakan dan beredar dengan cepat sebelum sistem musuh boleh mengesan kedudukannya.

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE  

 

Bagaimanapun mengoperasikannya sering berhadapan dengan masalah di Ukraine.

Pada Julai lepas,iaitu sebulan selepas ia dioperasikan oleh tentera Ukraine, sistem itu memerlukan pembaikan akibat kekerapan penggunaan serta penggunaan peluru yang tidak bersesuaian. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

featuredJermanMeriamPzH2000Ukraine
Comments (0)
Add Comment