Media India Letak “Hurjet” Pesaing Utama “Tejas” Dlm Tender TUDM

Daripada segi persaingan pula, dapat diperhatikan daripada laporan-laporan media-media India bahawa mereka meletakkan pesawat Turki “Hurjet” sebagai pesaing utama “Tejas” untuk tender pesawat FLIT/LCA TUDM itu berbanding pesawat-pesawat lain yang turut memiliki kemampuan yang sama atau lebih.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Media-media utama India memerhati dengan teliti tender perolehan pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan sememangnya mereka berharap pesawat “Tejas” yang dibangunkan oleh Hindustan Aerospace Ltd (HAL) akan diumumkan sebagai pemenangnya.

Mereka mempunyai keyakinan yang amat tinggi bahawa “Tejas” merupakan pesawat terbaik untuk TUDM dan “memiliki kelebihan” untuk memperolehi kontrak daripada Malaysia bagi perolehan 18 buah pesawat bernilai RM4 bilion itu.

Kemenangan “Tejas” dalam tender FLIT/LCA Malaysia adalah amat penting bagi India kerana ia menandakan pesawat pejuang buatan tempatan yang pertama berjaya dieksport ke luar negara, sekaligus membuktikan kemampuan industri pertahanannya.

Ia mahu membuktikan kepada China dan dunia luar bahawa India mempunyai industri pertahanan yang berdaya saing serta kompetitif dan memiliki pelanggan di seluruh dunia.

Daripada segi persaingan pula, dapat diperhatikan daripada laporan-laporan media-media India bahawa mereka meletakkan pesawat Turki “Hurjet” sebagai pesaing utama “Tejas” untuk tender pesawat FLIT/LCA TUDM itu berbanding pesawat-pesawat lain yang turut memiliki kemampuan yang sama atau lebih.

Mengapa media-media India memilih “Hurjet” sebagai pesaing utama “Tejas” tidak dapat dipastikan, tetapi ia mungkin kerana tentera Malaysia mempunyai hubungan yang rapat dengan industri pertahanan Turki dan telah menggunakan beberapa produk keluarannya.

Bagi admin, pesawat FA-50 keluaran Korea Aerospace Industries (KAI) sepatutnya diletakkan sebagai pesaing utama “Tejas” untuk memenangi tender Kementerian Pertahanan itu dan bukannya “Hurjet” yang masih lagi berada ditahap pembangunan.

Sebenarnya, “Tejas” bukanlah saingan kepada pesawat FA-50 tetapi itu hanyalah pendapat peribadi admin.

Pesawat FLIT/LCA “Hurjet” masih lagi merupakan pesawat prototaip dan belum lagi melakukan penerbangan sulung.

 

“Hurjet” hanya dijangka melakukan penerbangan sulungnya pada tahun ini dan memerlukan beberapa tahun lagi sebelum pesawat itu di-induct ke dalam perkhidmatan Tentera Udara Turki.

Basically, “Hurjet” pada ketika ini masih merupakan sebuah pesawat prototaip.

Walhal, pesawat T50/FA-50  telah pun mencapai kejayaan yang memberangsangkan di pasaran eksport termasuk di negara-negara serantau dengan negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Korea Selatan yang mempunyai kira-kira 60 buah FA-50 untuk kegunaan Tentera Udaranya.

Pesawat FA-50 adalah usahasama diantara KAI dengan Lockheed Martin.

Walaupun begitu, Turkish Aeropace Industries (TAI atau Tusas) sedang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memenangi hati kerajaan Malaysia supaya memilih “Hurjet” sebagai pesawat FLIT/LCA pilihannya.

Bossnya, Prof Temel Kotil dilihat daripada posting Twitter sama ada oleh TAI atau Kedutaan Turki di Malaysia telah“berulang-alik” di antara Istanbul dan Kuala Lumpur akhir-akhir ini untuk bertemu dengan kepimpinan Malaysia.

Antaranya, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri dan Menteri MITI, cuma tak nampak lagi pertemuannya dengan Menteri Pertahanan atau panglima-panglima lagi. (Mungkin tak lama lagi).

Baru-baru ini juga,  TAI telah menjemput media-media Malaysia ke Turki untuk melihat kemudahannya serta kemampuannya.

Pesawat FA-50 keluaran Korea Aerospace Industries.

 

Media-media tempatan yang dijemput itu telah pun menghasilkan artikel-artikel hasil lawatan itu yang lebih merupakan kepada “public relations exercise” untuk menonjolkan kemampuan industri pertahanan Turki.

Well, admin bersetuju jika kita dan Turki bekerjasama dalam bidang UAV kerana ia mempunyai pengalaman dan pengetahuan luas mengenainya, dengan produknya seperti TAI Anka dan Bayraktar TB adalah “battle-proven” dan effektif.

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Teknologi Turki dalam UAV/UCAV diperakui, tetapi dalam aspek pembangunan dan pembuatan pesawat pejuang, ia belum mencapai tahap Korea Selatan lagi.

Pesawat pejuang generasi 4.5 “KF-21 Boramae” buatan KAI dijangka melakukan penerbangan sulung pada Jun ini dan ia merupakan petunjuk jelas tentang kemampuan Korea Selatan dalam bidang aeroangkasa. — DSA

featuredHurjetIndiaTejasTUDM
Comments (0)
Add Comment